Muqaddimah ~
Pagi tadi saya "terjumpa" video tentang tanda2 kebesaran yang Esa and felt compelled to post something tentang yang baik2 dan yang terbaik.
Kadang-kala membaca tiada tergerak hati untuk berfikir tentang apa yang dilihat. Namun ada ketika yang dibaca itu amat terpahat di hati ~
Surah Ali Imran (14 ~ 17)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;
(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
Selamat berusaha untuk yang abadi. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah.
~ Ameen
No comments:
Post a Comment