Showing posts with label Soul. Show all posts
Showing posts with label Soul. Show all posts

Friday, November 10, 2017

Hajj : THE Journey Part II


In Makkah we stayed at the Retaj Safwah Hotel, about 350m from the Haram. We got Room 901; a room with a corner window on the 9th floor.

With an awesome view of the street people where people pass by to the Haram and also of the dataran masjid in front of the King Abdul Aziz. We love the room. Subhanallah.

Aktiviti setiap hari di Makkah sama, sementara menanti wukuf. Pergi ke masjid mesti cepat sebab musim haji dan masjid sangat penuh. Pernah sekali terlewat, dan terpaksa naik ke bumbung.
Di bumbung takde kipas, but you get a view like this at Maghrib.

And I like to just sit (dan menung) di depan Kaabah. Especially in the early morning when most jemaah balik untuk sarapan. Sambil zikir. Or just stare at the Kaabah (sambil meraih pahala).

Bila tidak dapat ke masjid, I finished the time melepak je di bilik. Tengok orang pergi balik ke masjid. And take lots of photos of the street below.
These are taken from our corner window. Semakin dekat wukuf, semakin berpusu2 jemaah on the street below.

Arafah is surely an experience that I would love to repeat. Penuh sayu. Tiada haji tanpa Arafah. Kami tiba di Arafah selepas Maghrib. Perjalanan dari Makkah dan Arafah penuh dengan debaran. Tak tau pulak sebabnye. Maybe because it is something big dan sangat significant.

1. Gambar Kaabah di atas diambil di tv sebelum bertolak untuk wukuf. Ternyata Kaabah sangat lengang kerana jemaah telah bergerak ke Arafah. 2. Berjumpa Fatin di Arafah. Kami ambil pakej yang sama tapi berlainan hotel. Dan tak pernah pun terjumpa di masjid. 3. Khemah di Arafah agak lapang berbanding di Mina. 4. Khutbah Arafah disampaikan ustaz di luar khemah. Berjurai air mata. Selepas khutbah masa dipenuhi dengan zikir yang dibimbing oleh Ustz Zul Hamzah. 5. Dan antara waktu berdoa yang sangat mustajab adalah di Arafah, selepas waktu Asar. Cari lah mana2 tempat di bawah langit Allah yang luas dan berdoalah. Jangan doa dalam khemah kerana sangat digalakkan menadah tangan di bawah langit yang terbentang. 6. Apabila Maghrib, tamat lah waktu mustajab berdoa di Arafah.. Sedih bila nampak the sun was setting dan cahaya mula bertukar kepada kesamaran oren.

Selepas Isya' kami menaiki bas ke Mudzalifah. Bas berkali berpusing mencari peluang untuk berhenti tapi tidak berjaya lalu mutawif membaca doa dan kami terus masuk ke Makkah semula untuk tawaf, saie dan bergunting.

We arrived at the hotel at about 3am. Menyuci badan dan berwudhu' dan terus ke Masjidilharam untuk bertawaf. Kaabah sangat penuh tapi masih ada juga ruang untuk kami bertawaf di tingkat bawah.

Selesai tawaf, saie dan bergunting dan berjalan pulang ke hotel. Pagi raya.

We left for Mina in the afternoon, lepas Asar. Ternyata khemah di Mina sempit dan ruang untuk setiap jemaah sangat kecil. Tapi Alhamdulillah kami ada tilam, jadi tak de orang boleh nak encroach atas tilam kita.. We never have food or drinks problem di Arafah maupun Mina. Jus kotak, air mineral, tea and coffee is free flow. As well as Maggi (haha). Cuma nya air tak pernah dpt yang sejuk sebab laju sangat kena replenish (I am not complaining. Sekadar bercerita..)

Jamrah. Sememangnya Allah permudahkan urusan haji ini. Berjalan ke jamrah mungkin mengambil 15 minit. Kalau nak banding dengan jemaah yang terpaksa berjalan ber-km jauhnya. Kadang2 sampai tertanya, sikit ke dapat pahala kalau urusan haji ini mudah..?

The jamrah is modern, sleek. Berkilat sebab baru. Spic and span. Dan melontar dikelolakan dengan sangat efisyen dek ustaz2 yang bertugas. You walk in, briefed what has to be done, lontar, berdoa dan keluar. Lama2 pun tak boleh sebab pak arab jaga tu dah tiup wisel.

Before you know it, we are already turning our backs on the syaitans that were pelted. And just like that, our haj is done. Sedih pulak bila sedar kata dah siap dah haji sebenarnya.





~ Subhanallah. Alhamdulillah


Sunday, October 22, 2017

Hajj : THE Journey Part I



Surely this is a sight that makes any heart melts. This is taken in Masjid Nabawi at sunset where everyone is hurrying for Maghrib prayer.

It was long journey, our hajj. We waited 4 musim haji before we were invited. Naik turun lif Tabung Haji pergi appeal dan bertanya. Tak kurang juga bertanya pada saudara dan kawan kalau2 ada contact yang boleh tolong.

Alhamdulillah. It was close to aidilfitri when we got the call from Rayhar informing us of the great news. I was making raya cookies in fact at the time. Menitik airmata saya bila Tabung Haji confirm that yes, we are listed for hajj that year (2016/1438); thinking that finally it is our turn Alhamdulillah. Lepas tu tiap hari pun berkisah dengan persiapan haji.


Taklimat akhir di Masjid Negara.

Kami buat doa selamat dengan keluarga with mum yang tinggal di rumah Ayah Cu masa tu. Sekali dengan khatam Quran. Kebetulan pun bacaan Quran keluarga dah tamat at the same time. And ke Kelana Jaya very early the next morning. Solat Subuh berjemaah di KLJ. Dan berair mata as the coach left the KLJ complex. Naturally terasa sebak; tapi bukan sebab nak tinggalkan anak2 (tak ada pun terpikir pasal keluarga masatu. And as I write this I wonder samada lebih kurang macamni ke orang yang nak pergi selamanye tu terasa. You are just thinking forward to the place you are going; be it to Tanah Suci or alam barzakh dan tak ingat pun yang akan ditinggalkan. Dan, macam kata ustaz kita ni memang selalu kena mengingati mati..)

Nevertheless.

Whilst on the coach the driver seem to hesitate over what road to take and sure enough the out-riders took us to the hotels in MidValley Mega Mall. And then the bus stopped dan kami tertanya ujian Allah apakah ini? After the longest moment, a TH rep came onto the bus to announce that our plane is still delayed in Madinah and we were to spend the night at the Boulevard Hotel. Pesan ustaz, sebut Alhamdulillah dan senyum under all conditions. And we did.

And we actually did that many times.. haha. Sebab no  one seem to know what time we will be flying out to Madinah. Ilyas, Zuf and Umar visited us that night di hotel (note : bilik kami cantik); sembang2 dan lepak2 lagi. We found a flyer under the door before Subuh the next morning stating we will leave the hotel at 8. We packed and amongst the busy Monday morning traffic we left for KLIA. Again we were left at lost at the airport with no updates. Khabar angin bertiup kata plane belum pun sampai dari Madinah.

Dah noon baru plane landed dan Alhamdulillah we were asked to board masuk je Zuhur. Ustaz azan di departure hall dan jemaah semua solat dulu. Ada announcement suruh kami board the plane tanpa melengah. Alahai, bercakap dengan orang yang nak pergi haji dengan ustaz bagai suruh jangan solat dulu bila masuk waktu.. (apakah?)

Alhamdulillah things were smooth after that. Di imigresyen pun laju. Kami solat Maghrib di Madinah airport. Hotel di Madinah jangan tanya; we got a four bedded room. Luas dan selesa.



Di Madinah the activities are the same like when you are on umrah. Cuma number of days are more untuk mencukupkan 40 waktu solat.


Maghrib (MasyaaAllah. Seronok kalau dapat ke sini lagi..)

Kami membuat ziarah Madinah yang lazim dan yang tidak; termasuk ke Muzium AsmaulHusna dan Sokaifat Bani Saedah - which are interesting sebab tak pernah pergi dan tidak pernah tahu pun.


Yang lazim - Bukit Uhud dan Masjid Quba'.


Dan ini yang kurang lazim. Muzium AsmaulHusna.

Dan Sokaifat Bani Saedah. Sebuah kawasan di mana Rasulullah saw mencari tenang, bermesyaurat dan di mana khalifah pertama dilantik selepas wafatnya Rasulullah saw. Menang tempat ini tenang. Dan nyaman. And quiet.


Something that brings a smile to the face. Kesian; kepanasan agaknye.

Makan di Madinah sangat sedap. Alhamdulillah. Lamb, beriani, olives. Amongst our favorites. Namun, after a few days we cant help but wish for some "normal" food.. (inilah manusia..)

Of course we had maggi dan roti dengan serunding di bilik. And we visited their Baskin Robbins (tapi mungkin tak sedap macam di Msia..? entahlah)

Tekun mendengar tazkirah ustaz di Quba'..

A beautiful view from the hotel foyer.

We are always here when in Madinah. Buat jubah yang sangat sempurna at a very reasonable price.

We left Madinah exactly after the 40th waktu solat. Mid morning. About an hour to the scheduled RNR, one of the bus tyres meletup. Bunyi kuat with screeching noise; macam metal bergesel. Dan bas terhoyong hayang sekejap. The bus slowed. Tak berapa lama terus masuk ke kawasan kedai2 yang ada kedai pomen, cafe and even a masjid! While the  bus being repaired kami minum dan berwudhu'. It wasnt long before we were on our way again and arrived at the RNR. Zuhur pun dah masuk dan kami terus solat dengan tak payah berasak2 dengan jemaah lain di bilik air. Alhamdulillah. Allah yang lebih bijak mengatur.


I love the empty space of this land. Panas. Tenang. Lapang. Ada sayu di sini.

Kami sampai di Makkah pada waktu Maghrib. And I will continue next time InsyaaAllah.




~ Alhamdulillah. AllahuAkbar.


Thursday, September 28, 2017

Hello


It surely has been the longest time since the last post. I wanted to write but always other things got in the way.

I have been busy - on Insta (sheepish). Insta is fine although I think it lacks depth. To me at least.

 Anyways. I have loads to update. But first things first.

I was reading the Quran a bit and found this ayaat:


The word qorin at the last of the ayaat reminds me of a conversation on the syaitan that follows each and every man/woman. So I look up the translation and one thing led to another and lo and behold! Alhamdulillah I finished the translation for the whole of Surah az-Zukhruf that morning.

Nevertheless, more reading on qorin need to be done another time. Atau kena tanya ustaz nanti.

Dan doa menaiki kenderaan juga pada surah yang sama; pada ayaat 13-14:



I definitely need more practice.




~ AllahuAkbar



Wednesday, May 17, 2017

Letting Go


We took mum to see flowers in Sg Buloh again the other weekend. My adik was determined. Dan mak pun terpaksa menurut. It is good for her; or at least we think so. Kalau tak terperok je kat rumah tak ke mana. Dan kalau nak harap sesiapa bawak mak pun adik-beradik lelaki lah. Harap kami yg pompuan ni nak angkat mak masuk kereta pun takde daya.


Unfortunately my smart brother bawak Land Rover dia pulak that weekend which I thought quite impossible nak angkat mak naik. Tapi macam saya kata, my adik was determined. And he said you can if you put your mind to it.

Sampai Sg Buloh mak beriya tak nak turun. Ada adik saya kisah? Haha. Pelan2 dia pujuk mak. Mak pun terpaksa ikut walau taknak. Like I said to mum, dia ikut degil mak. Mak terpaksa mengalah; nasib baik mak gelak. Kalau dia marah tak tau la, balik la kami.


But clearly mak didn't really enjoyed the outing. Dulu masa bawak mak, mak ada jugak kata bunga tu cantik, bunga apa tu, bunga mana yang bau wangi ni. And she asked to buy a couple of orchids for her. Sekali ni diam je, kita cakap dia hmm. Kalau tak, silent. Tak apa lah. Kita sentiasa mencuba.

My mum has been a strong person all her life. Nurturing a big family. With my father passed away >30 years ago. Growing old independently. These cant help but make her strong. Sampai tua ni pun mak masih has that strong character. Sangat tricky to manage sometimes. Tapi kami sentiasa mencuba (ya Allah, let that be true InsyaAllah).

Saya terfikir this is a post about getting old. Untuk fikir dan buat yang terbaik untuk hari2 terakhir kita di dunia (if you can plan for it, that is).

For me, the first thing to do is letting go of the responsibilities that you should. Semua orang dah makan? Dah tidur? Pintu dah kunci? Baju dah basuh? Dah angkat dari ampai? Yang remeh2 ni biarlah masing2 pikir sendiri. Takkan sampai jadi nenek kebayan pun nak worry about these things. Anak2 tolong le pikir pulak.

Second, taknak pikir nak beli benda apa lagi dah. Yang ada tu sudah lah. Biar lah zuhud2 sikit. Banyak barang pun nanti dah pergi buat susah je anak2 yang tinggal nak kemas pulak semua. Saya dah hantar pinggan mangkuk ke free market. Letak baju2 pre-loved tu di bangsal second hand collection. Lepas ni buku2 nak dihantar ke tempat2 yang sesuai. Yang ada tu biar lah yang perlu saja. But I still have a long way to go. Note : barang yang perlu kena le beli, don't get me wrong.

Saya terbaca the other day, you have to learn to live without the things you think you cant live without. Saya terdiam bila terbaca. Dan fikir. Mungkin my family. Jadi nak kena belajar pelan2 hidup sendirian ke? Wallahualam. Who knows how long we will live? If we die young?

Teringat juga bait lagu Megan Trainor dengan John Legend, we never know when we'll run out of time so I'm gonna love you like I'm gonna lose you. I translate this more like doing the best for myself especially and for everyone that matters, kerana dunia hanyalah satu ujian yang sangat singkat, so let's do the best that we possibly can. 

Apa2 pun mati nanti pun sorang2 jugak. Buat lah persediaan yang patut. Kata ustaz, kalau umur macam gini tak larat itu dan ini, abis bila pulak nak buat? Nanti lagi umur meningkat lagi tak ada larat nye.

Semuanya terletak di atas sekeping daging yang nama nya hati. Have you seen the photo of an old sheikh yang membaca alQuran yang besaaar, dengan bulb lampu yang cerah di depan alQuran tu? Saya takde pulak gambar tu. Kalau ada nak share di sini. Now I want to grow old like that - berusaha sampai hari akhir untuk beribadah dan mencari redha Allah. InsyaAllah. Tapi takdenye rezeki itu datang bergolek.

Saya doakan yang terbaik untuk anda, ummah, keluarga yang disayangi dan saya sendiri. Semoga di bawah lindungan Allah hingga ke jannah InsyaAllah.





~ AllahuAkbar

Tuesday, May 02, 2017

Bila Sakit

Salaam Darlings. Wishing you the best of health and imaan.

Smalam lepas balik dari mom-sitting rasa macam letihhh sangat although mum had a good night sleep. Lepas pergi breakfast, buat laundry dan kemas rumah terus tertidur. Woke up feeling tak keruan. And felt under the weather for the rest of the day sampai malam.

Patut lah. Harini bangun rasa macam demam. Mandi dan basuh kepala. Kut lah nak rasa sihat sikit. Solat. Masa nak capai baju terfikir, baju ofis ke baju rumah? Ofis ke rumah? Ambik baju rumah terpikir nanti lewat pagi dah sihat kena pergi ofis hari ni ada progress meeting. Buat laundry. Letih terus tidur balik. Terjaga dan teringat Efan first day practical harini. Pergi breakfast, hantar Efan dan terus pergi klinik.

Viral fever (adakah itu jawapan standard doktor? I don't know). Sambil bercerita dengan doctor pasal urat2 yg sakit dan is this arthritis? dan dah penat jumpa orthopedic. The kind doctor suggested pergi buat acupuncture; why not? Ini antara usaha kita sebab jumpa doctor background omputih pun dah tak jadi apa. She recommended the hospital in Jalan Pudu. Kata doctor her husband goes there as well (lupa pulak nak tanye sakit apa). Maybe I will try this.

Balik rumah terus makan ubat dan tidur lagi. Terjaga groggy with palpitation. Macam payah bernafas. Dan bertanya nak mati ke? Macam ni ke orang nak mati rasa? And comforted self with a stern merapek! Tertanya lagi macam ni ke mak rasa bila dia mengadu sakit dan mungkin dah nak pergi.  Kesian pulak kat mak, mesti visualize that I am living in her shoes..

Apa2 pun terus istighfar dan zikir. Thinking this is what life is, yang rapuh dan sementara. Bila ditarik nikmat oleh Allah baru lah kita cepat2 ingat pada Allah semula. Kebetulan sekarang tengah mengaji Juzuk 27; dengan Surah arRahman. Maka nikmat Allah yang mana yang ingin kita dustakan?

Teringat pulak ada satu gambar seorang sheikh yang tua; yang mengaji dengan sebuah Quran yang sangat besaaar dengan bulb lampu tergantung depan Quran tu. Have you seen that? I wish I can put that up  here. Saya andaikan dia dah rabun sebab tua kan. Tapi masih semangat untuk mengaji jadi guna Quran yang tulisan besar dengan lampu yang terang. Saya nak jadi macam tu. Nakkan semangat tu. I don't want to grow old dispirited dan hanya menunggu hari untuk pergi. Tentunya Allah akan uji kita tapi macam mana kita nak overcome ujian Allah itu.

Dan. Teringat juga kata ustaz, semasa di university masa untuk kita belajar sangat limited. Ikut syllable yang ada dan tak boleh nak baca dan explore other areas. Jadi masa tua ni lah kita cari lagi ilmu. Mencari dan belajar. Malu untuk saya cerita, tapi bagi saya masa di university lah masa membaca dan menimba ilmu.. Dah tua ni baca lah jugak, tapi sikit2 je. How wrong can one be?

Kita hanya nampak bila hati kita nak tengok. Kalau hati tertutup, yang dangling depan mata pun kita tak perasan. Astaghfirullahiladzim. Saya minta ampun ya Allah.

Alhamdulillah. Ada berkat sakit ni.



~ AllahuAkbar

Monday, June 06, 2016

Salam Ramadhan (Kepada Pencinta2 Akhirat)


Ramadhan Kareem. Semoga kita semua telah membuat persediaan yang secukupnya untuk melalui Ramadhan dengan sabar. Tenang. Dan penuh kejayaan kali ini. InsyaaAllah.

Saya terima wa yang agak bernas, jadi nak share di sini. Kata ustaz:

1. Khatam alQuran dengan bertajwid. Paling tidak, sekali. Nota saya : dulu2 kalau khatam sekali pun sudah sangat gah. Now that is just a pre-requisite.
2. Baca terjemahan atau tafsir. Kalau tak habis semasa Ramadhan pun, sambung nanti selepas habis puasa.
3. Hafal ayat2 atau surah2 lazim. Paling tidak pesan ustaz, lima surah (reaction saya : ! )

Bila siap aktiviti di atas dilakukan, maka kita telah mendapat nikmat dan ganjaran yang sangat besar yakni:
1. Pahala membaca alQuran
2. Pahala memahami dan InsyaaAllah dapat beramal dengan alQuran
3. Darjat/Tingkat yang lebih tinggi di syurga hasil dari hafalan2 yang semakin bertambah

Bagaimana untuk mencapai target yang tiga di atas? Kata ustaz :
1. Kurang berhubung dengan orang ramai kecuali ibu-bapa
2. Kurangkan masa di fb/wa/etc
3. Kurangkan berjalan / berziarah
4. Kurangkan tidur
5. Kurangkan tonton tv (atau tidak tonton langsung)
6. Kurangkan masa di dapur. Berbuka di surau / masjid
7. Kurang bercakap
8. Jangan ke bazar Ramadhan; kecuali bila sangat perlu
9. Banyakkan masa di masjid

Itu yang ditulis. I am sure masing2 pun ada tip2 sendiri. Share lah. Kurang2 dapat lah sedikit pahala..

Selamat menjalani ibadah puasa dengan cemerlang sekali.


Coincidently, we just came back from Tawau/Semporna/Mabul. For now I just had to share a couple of awesome photos that we took. Nanti bila ada kesempatan I will post more.



Sangat cantik! (Namun semestinya tiada bandingan dengan yang abadi).



Selamat beribadah.


~ AllahuAkbar.





Thursday, April 14, 2016

Iqra' Part 6 : Manusia Yang Selamat Kembali Kepada Islam


I read this book by al Sheikh Yusuf al Qaradhawy; titled Masjid Parlimen Umat. It is actually a compilation of sermons by the sheikh.



Saya habiskan buku ini dalam masa 2 hari. A record for me actually, who usually takes months to finish even the tiniest, the thinnest of books. Kebetulan saya attended kelas Ustaz Fawwaz, dan kata ustaz : kita orang Islam, kita mesti rajin bekerja. Tiada masa untuk bermanja2 malas dan menghabiskan waktu.

Kemudian saya attend pulak a talk by an imam sheikh from Jeddah. Kata sheikh, dalam Arab culture time is life. Masa itu sangat2 bermakna dan kita orang Islam, tidak membuang masa dengan kerja yang sia2 (ber-FB, WA yang bukan2, menangis dan menonton drama Korea bersiri2 termasuk dalam contoh sheikh. This happens in Saudi as well rupanya). We are strong, we develop, we build things that lasts thousands of years that benefit to the entire universe.

Ustaz2 semua sangat bersemangat; so that is why I finished this book in two days. Anyway.

Antara persoalan yang ditujukan kepada sheikh yang disebut dalam buku ini adalah bagaimana seorang individu yang standing in any corner of the world could possibly contribute towards saving and building the entire ummah? 

Pesan sheikh, manusia yang selamat adalah mereka yang kembali kepada Islam. Jadi kembalilah kepada Islam yang sebenar. Yang berdasarkan syariat Tuhan. Yang lurus. Yang tidak di campur-aduk dengan pemahaman timur, barat, tradisi mahupun budaya. Yakni kembalilah kepada Islam dari segi pemahaman, pelaksanaan, keimanan, moral dan tingkah laku.

That individual standing in that corner of the world somewhere adalah asas kepada komuniti yang baik. Dan asas umat yang soleh. 

The individual in that corner mestilah beriman. Iman akan membuahkan amal. Mestilah berilmu. Yang juga akan membuahkan amal.

Perkara pokok dalam beriman ialah menyembah Allah semata-mata. Sekali-kali tidak ada tuhan selainNya. Dan manusia juga mesti merenung penciptaan langit dan bumi alam semesta jiwa dan sejarah untuk menguatkan iman.

Dan telah disebut siapa orang-orang yang beriman itu -

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya,
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:-
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Al-Mukminuun; 23 : 1-9

Dan di dalam Islam manusia tidak dijadikan untuk hidup bersendirian, Beramal pun tidak bersendirian. Malah dalam surah al Fatihah walau bersolat sendirian kita berdoa agar Allah "tunjukkan kami jalan yang lurus.." Bukan aku/saya.

Kita dijadikan untuk hidup dalam kelompok umat islam yang saling kasih-mengasihi dan nasihat-menasihati. The small communities that fold into one large giant of a strong Islamic nation.

Dan banyak lagi tajuk lain yang disentuh oleh sheikh.


Saya agak-agak malas membaca sebenarnya. Tapi bacaan begini terasa amat membina. I always tell the kids baca je buku apa2 pun asalkan yang dapat membantu dan membina diri di dunia dan akhirat.


Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang2 yang beriman dan yang nasihat-menasihat agar mentaati kebenaran dengan kesabaran. Ya Allah perkenankanlah doa kami. Ameen.





~ AllahuAkbar


Monday, March 28, 2016

The Best Time Of Our Lives


This is actually something similar to a line from a Bryan Adams' song titled Summer of 69  (you may say: So? And I would so agree with you..)

Anyways. Semua orang kata comeii nye Umar bila tengok gambar ni. Takkanlah saya nenna tak kata comei (walau apa gambar sekali pun. Haha). Kata Abi kat luar frame tu ada Abi dan pedang. We didnt get it until Abi sent the next couple of gambar.


Barulah kami pun ooo.


 Itu gambar Umar masa baby dalam passport. Yang gambar sekali ni pun tangkap gambar untuk passport jugak.

The wonderful life of a toddler : the infinite freedom.


This is indeed the best time of life. Teramat banyak nikmat. Makan sedap. Sihat tubuh. Tidur yang lena. Anak-menantu-cucu yang membahagiakan (cheesy - but for the lack of a better word I had to use it). Kata Sheikh Assim alHakeem (I was at his talk and he was most engaging - in Arabic time is life, bukan setakat emas) - apa nak tunggu lagi buat je lah ibadat sebab kalau harini tak buat, esok lusa lagi tua lagi tak ada daya.


Kadang2 terfikir, apa yang akan diceritakan kepada Allah di sana nanti on my contribution for ugama? Ada ke?


Selamat beramal untuk hari yang tiada diketahui kepayahannnya.




~ Allahuakbar



Wednesday, February 03, 2016

Nikmat-nikmat


Kalau dibilang, semestinya teramat banyak nikmat yang Allah kurniakan. Antara kita kira atau tidak; sedar ataupun tidak.

Kata ustaz, nikmat2 ini adalah juga ujian dari Allah. Anak2 yang sihat. Bumbung yang teguh. Kesihatan. Ilmu. Tidak semestinya duka nestapa, sakit atau sempit saja yang merupakan ujian.

Juga pesan ustaz, nikmat Islam itu adalah sebesar2 nikmat yang Allah kurniakan kepada sesiapa pun. AllahuAkbar.



Itu muqaddimah.

Alhamdulillah photo book Luqman kahwin pun dah siap. Kata anak2 - amazed - whoa, dah siap?

Lagi best cerita Ilyas dan Zuf - Umar akan masuk 2 tahun very soon tapi photobook kawin tak siap2 lagi. Kata Ilyas, photobook tu lambat sebab nak masukkan gambar Umar sekali dalam tu! Haha.

Umar pun dah besar dan nakal. A typical boy of his age.

Cerita saya macam biasa. Busy bagai. Tak payah ceritalah.

Tapi saya ada membaca. Sedikit. Dan saya agak mungkin Juzuk 29 adalah antara juz2 yang saya suka baca. Bermula dari Surah al Mulk (ini bacaan kegemaran, saya suka alunan Syeikh Misyari di sini).


Termasuk Surah al Jinn. Dan al Muzammil (surah 73 ayat 1-9; yang menyebut tentang keutamaan solat malam).

1. Wahai orang yang berselimut!
2. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) 
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"
5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
9. Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

Dan juga al Qiaamah dan al Insaan. Yang berkisah tentang langit dan bintang di hari qiamat. Syurga dan neraka. Sutera berwarna hijau. Salsabil. Dan Zanjabil.

Saya nak cerita pun tak pandai about these beautiful verses. Cuma boleh cerita yang saya terjumpa bila membaca.



Selamat dunia akhirat, InsyaaAllah.




~ AllahuAkbar


Saturday, January 16, 2016

Happy 2016


Haha. Saya tahu. Amat terlambat nak wish happy new year. Half the month is already gone.

But I have been busy. An excuse I have been using for the 3,487,255th or so times already, I know. And I sound like a broken record. Yang usang.

So how are you darlings? Any new year resolution?

Saya sebenarnye sentiasa saja ada new resolution. Yang lama pun tak pernah tercapai, sudah ada pulak yang baru. Minggu lepas I told friends, I now have a resolution for the new year. When I had their attention, I proudly announced, tahun ni I nak jadi kurus! Haha. Langsung disambut dengan hilaian ketawa. Semua memang sedia maklum itu resolution saya sepanjang zaman. Haha. That resolution never stick.

Last couple of months pun saya announced, I ada cita2 baru. Ketawa lagi. Apa cita2 tu saya ditanya. Tanpa segan silu saya beritahu, I nak jadi cantik! (Mengilai lagi) Haha. I think what I meant was I want to be perfect; bukan cantik (kalau berangan tak pernah nak kalah). Now however, this cita2 is no more.

Dua hari lepas saya ada terfikir resolution yang baru. Lagi. I think for the new year I will take up interest in the sky and the stars. Nak pergi star gazing. Dan berangan jauh. Dan mengkagumi Allah's creation.

Tiba2 hari ni pulak membaca surah al Mulk:

A003
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
(Al-Mulk 67:3) 
A004
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
(Al-Mulk 67:4) 
A005
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
(Al-Mulk 67:5) 
 

And I sort of think that star gazing is something worth doing. Must look for other places with dark skies to visit.


Maka nikmat Allah yang mana yang ingin didustakan?

Lalu teringat pada kawan lama yang membaca buku Carl Sagan pada usia muda. Mungkin saya akan baca buku2 Sagan sekarang (pada usia begini..!)


Have the most successful 2016 darlings; walau apa pun cita2 yang tersemat.




~ AllahuAkbar


Sunday, November 29, 2015

Life Goes On


Hello darlings.

It has been a while. Sejak2 panic cerita pasal apa pun  belum siap untuk wedding, terus busy semacam buat preparation. Tak abis2 pergi ke kedai riben!

Nevertheless the other day we took time away to send Efan balik ke kolej. Dia dah pindah kolej ke Raub this semester. Alhamdulillah lebih cantik. No more bunk beds. New facilities.



Saya selalu pesan, belajar elok2. Boleh express buat degree dan balik ke KL. Alhamdulillah he was on Dean's List last semester. Last sem sengaja saya kata, ada apa di Jengka kalau dibanding di Melawati. haha. Tapi saya agak memang lain Jengka dan Raub. Jengka nampak macam memang a university town; catering to the residents of the uni. Macam tak berapa ada local life di situ if not for the uni. Kata hubs, harap stadium je gah. Raub on the other hand is a proper township.

Nevertheless. We have never been to Raub. Ever. Jam pulak. Mungkin terlalu ramai mak bapak hantar anak2 last weekend.

It was late so we didnt have time to explore. Namun Raub nampak interesting. Masih ramai anak Melayu buat construction di jalan. Tiada Indon di gerai. Dan tak ada Bangla cuci lantai di dewan makan.

Terlalu bayak dusun2 especially durian. Sepanjang jalan in fact. Dan dusun pun di jaga sangat rapi. Rumput cantik macam di lawn menara!

One thing that stood out in Raub is the gerai nangka sepanjang jalan. Kata nya buah nangka madu dari Lanchang.



Sebab jalan ikut Bentong jam, waze detoured us via Mempaga. Jalan kampung yang agak jauh tapi peaceful. Musim durian di Raub mesti best.

And I have been reading somewhat.

A114
Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".
(Surah Taha 20:114)


Have a blessed week ahead. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan.

ps - Bila di Pahang, teringat arwah Jamal yang berasal dari Temerloh (kalau saya tak silap). Semoga Allah ampunkan arwah dan merahmatinya InsyaaAllah. Life is indeed short.




~ xoxo