Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Wednesday, February 01, 2017

The Wedding of Zakariyya & Ili


Yes. We had another wedding in December last year.

Kata kawan2 yang rapat, Kak Azah nak kawinkan anak lagi??! Kerapnye anak2 kawin. Saya jawab selamba, abis tu anak2 rapat macam anak tangga.. nak buat macamana? Dan saya sambung, korang yang dah kawin pun nak kahwin lagi. Ni kan budak2 bujang. Hahaha. Kami gelak besar lepas tu. 😊

Anyways. Alhamdulillah. Saya suka budak2 ni abis kawin cepat. Rasa macam selesai satu bab and they can get on with next stage of life. Kata hati saya.

I was quite clueless about the wedding sebenarnye. Balik haji macam tak berapa boleh nak fokus kat kerja kawin ni and I have that panicky feeling like I dont have enough time to prepare for it. So we kept things as simple as possible. I dont have bunga pahar sekali ni (but then neither did I for the last wedding come to think of it). Dan buah tangan sangat simple; takde nak twirl2 manik mutiara dengan wires. Payah.

And somehow it felt like I did the hantaran a thousand times before we finally got it right. Dried lavenders lah. Roses lah. Sampai rasa stressed ke anak telinga dibuatnye. Hahaha. In the end the hantaran turned out sangat simple and ala minimalist. Which I like.

Most of these stuff are mine. Senang rasanya bila ada kerja kawin bawak kluar je dari stor.. anak ramai tadi kan.. (I made these masa Zuf&Ilyas kawin. Alas tu guna cake board that I filled with batting and covered with ala silk curtain material. Dan berpeluh tau akak jahit that decoration kat bucu tu.. Tak sedar pulak yang saya ni sangat gigih! haha)

Anyway. We did the dewan reservation sebelum berangkat ke haji; dengan pesanan pada sales rep tu that I will pay the deposit once I return dr tanah suci. Punyalah baiknye budak itu pun. Sebabnya tak bayar pasal feeling sukakan dewan tak berapa terbuku di hati masa tu. Sabaq je lah.

But the dewan turned out to be beautiful and we so love it.


Sebak pulak bila langkah masuk dewan tengok wedding decorator hias dewan dengan simple tapi sangat sweet (thank you Ayu Deco - she is on ig if you are interested). Exactly how I like it. We had the reception at Felda dSaji Titiwangsa. Kami suka that indoor-outdoor atmosphere. Pun macam wedding Luman/Izy previously di Felda's Casa Haleconia. With greens around. Having a wedding in a dewan is nice but lacks that element of space and freedom (haha cakap pandai..) Well at least that is what I think.

We love the cake made by TheKitchenGuardian. Sangat ohsem. Dan sedap. We had 3 different flavors in there tapi apa saya dah tak ingat apa. Hahaha.


Thank you everybody who were so kind to attend our event. Semoga Allah merahmati sehingga abadi..

 Thank you also to the sporting dulang boys (Luqman tanya kenapa kena ada dulang boys? Antie2 kan ada? To which I said, antie2 dah tua tangan dah keras nak angkat dulang pun dah tak larat..)

Like father, like son..


Reception at Ili's. It was beautiful. Sweet. Cantik. Bergaya. All pretty words to describe the majlis. I cant find one word to describe it.

Semoga dirahmati Allah sentiasa. Di bawah lindunganNya. Dan dimurahkan rezeki. Hingga abadi InsyaAllah. Ili&Kaia.

And the thought that came to mind is banyak sangat nikmat kurniaan Allah. Have we been taat enough?


Maka nikmat2 Allah yang mana yang ingin kita dustakan?




~ AllahuAkbar


Tuesday, March 01, 2016

Wedding Cake lah Pulak..


Oops, tak habis lagi cerita wedding rupa nye..

The other thing I thought I must share is the wedding cake. Disebabkan saya amat minat TKG dan kek TKG, saya terpaksa tempah cake TKG for the wedding. Saya tempah like close to 3 months in advance. Memang Yani sangat sibuk.

Saya pesan pada Yani, tolong buat cake yang paling minima (do read that as semurah yang dapat)! Haha.

Sangat berbaloi kerana kek sangat cantik. Yani plan nak letak baby breath. I wa her saying can I have pastel flowers like hydrangea instead? So this is what we got (at an additional price of course). Which we loove. Dengan 793 likes di IG Yani..


Dalam sibuk kenduri, kami terlupa tangkap gambar kek cantik2. Kena tunggu gambar official from the photographer.

Kata kakak saya yang buat kek, sedap wedding kek ni. Alhamdulillah. Allah yang memberi rahmat. Dan nikmat. Kami terlupa pulak untuk simpan nak bawak balik hari tu.



I will share more photos once I have nicer ones from the photographer.


~ xoxo


Friday, February 19, 2016

Wedding Stories ~ Alhamdulillah


And so Luqman's wedding is officially over. Alhamdulillah. I thought it went really well.

We wanted a small-ish ceremony; and it was that. Kecil tapi cantik. Itu angan-angan saya. Pardon me for saying so, I thought the wedding was simply that.

Casa Haleconia was indeed pretty. Lush plants. Green grass. Fountains. Dan MasyaaAllah the weather cooperated.

Kata beberapa tetamu makanan pun sedap. Sesungguhnya Allah amat pemurah (bak kata ustaz, cara menunjukkan syukur kepada Allah ialah dengan mentaati seruanNya).

I have pictures to share if you'd like to see.


ps - gambar pengantin sengaja saya letak kecil. I have an inkling that pengantin tak minat gambar mereka terpampang (agak saya lah).

On a serious note : Bila tengok gambar keluarga begini, saya pulak yang jadi takut. Sebab terlalu banyak nikmat Allah. Apa yang tinggal untuk di sana nanti?


Berkat dunia akhirat, InsyaaAllah.




~ AllahuAkbar



Wednesday, February 03, 2016

Nikmat-nikmat


Kalau dibilang, semestinya teramat banyak nikmat yang Allah kurniakan. Antara kita kira atau tidak; sedar ataupun tidak.

Kata ustaz, nikmat2 ini adalah juga ujian dari Allah. Anak2 yang sihat. Bumbung yang teguh. Kesihatan. Ilmu. Tidak semestinya duka nestapa, sakit atau sempit saja yang merupakan ujian.

Juga pesan ustaz, nikmat Islam itu adalah sebesar2 nikmat yang Allah kurniakan kepada sesiapa pun. AllahuAkbar.



Itu muqaddimah.

Alhamdulillah photo book Luqman kahwin pun dah siap. Kata anak2 - amazed - whoa, dah siap?

Lagi best cerita Ilyas dan Zuf - Umar akan masuk 2 tahun very soon tapi photobook kawin tak siap2 lagi. Kata Ilyas, photobook tu lambat sebab nak masukkan gambar Umar sekali dalam tu! Haha.

Umar pun dah besar dan nakal. A typical boy of his age.

Cerita saya macam biasa. Busy bagai. Tak payah ceritalah.

Tapi saya ada membaca. Sedikit. Dan saya agak mungkin Juzuk 29 adalah antara juz2 yang saya suka baca. Bermula dari Surah al Mulk (ini bacaan kegemaran, saya suka alunan Syeikh Misyari di sini).


Termasuk Surah al Jinn. Dan al Muzammil (surah 73 ayat 1-9; yang menyebut tentang keutamaan solat malam).

1. Wahai orang yang berselimut!
2. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) 
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"
5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
9. Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

Dan juga al Qiaamah dan al Insaan. Yang berkisah tentang langit dan bintang di hari qiamat. Syurga dan neraka. Sutera berwarna hijau. Salsabil. Dan Zanjabil.

Saya nak cerita pun tak pandai about these beautiful verses. Cuma boleh cerita yang saya terjumpa bila membaca.



Selamat dunia akhirat, InsyaaAllah.




~ AllahuAkbar


Sunday, January 24, 2016

Alhamdulillah


Dan setinggi2 syukur ke hadhrat Allah swt. Majlis aqad dan reception Luqman selesai berlangsung dengan begitu sempurna sekali.

And I slept like a log for 2 days after the ceremony! Sebenarnye rasa macam tiada yang stressful bagai wedding ni. This is after all out third wedding jadi kami agak santai. Tapi mungkin stress of the mind yang tak terasa.

Anyways, I have beautiful (haha) photos to share if you'd like to see. Let's let the photos tell the beautiful story.

Maka nikmat Allah yang mana yang ingin kita dustakan?




ps - pesan ustaz, cara yang terbaik untuk bersyukur adalah dengan taat kepada Allah.




~ xoxo


Wednesday, December 30, 2015

WWIP


Hello Darlings!

It has been sometime since the last post. I have been busy. Work. Wedding. Been home mum sitting.

It is year end tapi masih sibuk di office. With project and year end closing.

And you must be wondering about WWIP. It is atually wedding works in progress sebenarnya. Sempena meraikan project management CWIP (capital works in progress) haha.

So yeah, wedding works is still on going. Slow progress sebab banyak benda lain. But then life goes on although there is an impending wedding.

Some of the hantaran are ready. Sekali ni tak buat bunga dip. I am sort of mad over hydrangeas this time around dan tiada kuderat untuk membuat hydrangea sendiri. Dan tiffany green nampak sangat memikat; so that is that.

And I have pictuuuures.. (these are old version of the hantaran. Ada version baru sebab bila siap I thought the hantaran looked rather off.. you know. So I had taken things off and restarted all over again. Gambar hantaran yang final, final I will post after the aqad I suppose).



Pardon me for saying so, but I thought the hantaran look lovely.. Tapi banyak juga lagi yang tak siap. And I have to finish them A.S.A.P!

Banyak benda lagi kena buat..

You have a good year end darlings.





~ xoxo


Thursday, November 12, 2015

A Wedding!


We are having a wedding again soon.

Bila ingat wedding, kecut perut dibuatnya sebab banyak benda yang belum siap (sebenarnya tiada apa yang dah siap! hahah). I have only googled some hantaran pictures.

Impian kali ini hanyalah satu majlis yang simple. A very small celebration. Tetapi tertanya2 pulak, tercapai kah impian ini? Family je pun dah beratus orang!

Sekali ni saya agak tiada bunga pahar @ bunga telur di pelamin. Rumit! Tiada kecoh serabut-serabai rumah - buat di dewan. Lebih mudah. Mungkin. InsyaaAllah dipermudahkan Allah.

Let me share some lovely stuff I found and liking a lot:

Sangat minat dengan tiffany green at this moment.

 What a sweet cake!

Dan sangat2 teringin hantaran fresh flowers. I am still deliberating on this.

Dan those pictures yang gave me some second thoughts:

Stripes for hantaran. Hmm.

Dan yang di bawah. Haha seriously?

 Ini tahun berapa punya hantaran nih!

And this made me laugh so loud.
There is something so seriously wrong here if you ask me!

So wish me luck. I have lots to do. Starting immediately!

(ps, yes I noticed too many ! in this post too. Mungkin due to the sense of urgency of the matter! haha)





~ xoxo


Saturday, March 29, 2014

Wedding @ The Duchess




The Duchess is a banglo near the Great Eastern Mall / Jelatek area. Renovated to have an open concept for events like weddings exactly. Saya agak ala2 kampung pengantin di Jalan Ampang dulu (its old location).

Mutalib & Zihan's  daughter got married there. It's a nice place but I think mungkin space agak limited untuk bilangan jemputan yang dipanggil.

But the decoration was flawless. Rumah tu sendiri pun dah cantik with small rooms that open up to the main dining area. The roses around the meja pengantin reminds me of Sleeping Beauty castle when the prince came to save her and had to fight his way through the thorns of the rose bushes that have grown through the hundred years (yeap, I do realize I got carried away..)

Cantik. I would love to have a wedding here too.



~ xoxo

Friday, March 14, 2014

Wedding Photos @ Melawati

I love weddings (and not just because of the food). I love the pretty decorations that come with it. The flowers. The gifts. There are always so many details to admire.

We were at Intan's place the other day, her daughter got married. Intan has an eye for detail, amat teliti dengan segala persiapan, so everything looked so perfect.  

 The pelamin was simple but gorgeous all the same.

And I love the candy / sweet table. Cantik & charming.

The meja santapan pengantin was beautiful too. And we like the tiny fish swimming in the glass.

Alhamdulillah the weather was beautiful. And the wedding couldnt be more gorgeous.




~ xoxo