Monday, February 16, 2015

Hitungan Amal di Sana



Salaam

I am reading a small book by Dr Yusuf al Qaradhawiy and found these.

I like when I find immeasurable reads like this that explains all in concise matter, dengan ayat2 dan hadith2 yang berkaitan. Makes you want to read some more. Makes you wonder at all the things that you are not aware of. That explains things clearly. Mungkin telah terjumpa terdahulu dari ini tetapi tidak digarap dengan baik.

Perhitungan amalan manusia dilaksanakan Allah swt dengan beberapa cara (this is my short version of what Qaradhawiy wrote):

1. Perhitungan melalui soal jawab
Setiap insan akan ditanya tingkah-laku mereka di dunia, samada yang zahir atau tersembunyi. Yang kecil mahupun yang besar.

Demi Tuhanmu! Kami pasti akan menyoal mereka. Mengenai apa yang mereka telah lakukan.  
Surah 15, Surah al Hijr : Ayat 92-93

2. Perhitungan dengan pembacaan buku catatan
Beberapa malaikat telah ditugaskan untuk mencatat segala amalan kita. Yang baik dan buruk. Dalam sedar dan semasa terlupa. Semasa bergurau mahupun bersungguh2. Sehingga nafas yang turun naik pun turut dicatatkan.

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);  

Surah 82, Surah al Infithar : Ayat 10-11

3. Perhitungan amalan dengan memperdengarkan rakaman
Rakaman setiap perbuatan atau perkataan yang diucap sepanjang hayat.

Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)! 
Surah 45, Surah al Jatsiyah : Ayat 29

4.  Perhitungan dengan mempamerkan segala amalan
Kita akan menyaksikan sendiri apa sahaja yang telah dilakukan sepanjang hayat. Samada yang tersembunyi atau yang terang-terangan.

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Surah ke 99, Surah al Zalazah : Ayat 6

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa semasa Rasulullah saw menyampaikan wahyu ini ramai para sahabat menangis terisak2 terutamanya Sayyidina Umar al Khattab ra kerana malu akan perbuatan yang bakal dipertontonkan oleh Allah swt kepada seluruh makhluk.

5. Perhitungan amalan melaui timbangan
Seluruh amalan yang pernah dilakukan akan ditimbang dengan satu timbangan yang besar.


I hope this short post do to you what the book does to me when I read it - tersentap seketika dari khayalan duniawi.

Juga. Al Fatihah untuk Tuan Guru Nik Aziz. Saya teringat message yang diterima tempoh hari. Katanya Tuan Guru telah berpesan, menangkanlah Islam di bumi ini sebelum pergi bertemu Allah. Lalu saya tertanya pada diri sendiri, apakah yang telah saya menangkan di atas nama Islam?




Selamat berusaha untuk hari-hari yang abadi.


~ AllahuAkbar



No comments:

Post a Comment