Thursday, July 02, 2015

Berpesan-pesan di Ramadhan


Pesan ustaz, di Ramadhan ini kena banyak mengaji. Mengaji tu bukan lah maksudnya bertadarus sampai khatam al Quran saja (walaupun itu pun sudah sangat baik). Namun, maksud al Quran juga perlu dihayati. Mesti mengaji dan faham maksud ayat itu; yakni bertadabbur (ini yang terbaik).

Kata ustaz lagi, Rasulullah saw membaca al Quran bersama Jibril bukan untuk khatam habis Quran saja (Jibril turun sekali setiap Ramadhan dan dua kali pada Ramadhan Rasulullah saw yang terakhir).

Saya mencuba. Tapi at this rate, saya agak saya tak akan sempat bertadabbur habis al Quran saya. Tapi mesti mencuba. Itu yang penting.

Dan saya terjumpa ayat berikut yang sangat memikat lalu telah pun saya bookmark.

Surah 73, Al-Muzzammil Ayat 1-9

1. Wahai orang yang berselimut!.
2. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
9. Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.


Di bulan Ramadhan ini sementelah kita bangun untuk bersahur, mungkin sempat juga kita selitkan 2 rakaat jika tidak lebih untuk bersolat malam.

Bak pesan arwah Tuan GuruNik Aziz.

Semoga terus istiqamah dalam menghayati Ramadhan kali ini.

ps - Saya juga berpesan pada diri sendiri.





~ AllahuAkbar


No comments:

Post a Comment