Kalau dibilang, semestinya teramat banyak nikmat yang Allah kurniakan. Antara kita kira atau tidak; sedar ataupun tidak.
Kata ustaz, nikmat2 ini adalah juga ujian dari Allah. Anak2 yang sihat. Bumbung yang teguh. Kesihatan. Ilmu. Tidak semestinya duka nestapa, sakit atau sempit saja yang merupakan ujian.
Juga pesan ustaz, nikmat Islam itu adalah sebesar2 nikmat yang Allah kurniakan kepada sesiapa pun. AllahuAkbar.
Itu muqaddimah.
Alhamdulillah photo book Luqman kahwin pun dah siap. Kata anak2 - amazed - whoa, dah siap?
Lagi best cerita Ilyas dan Zuf - Umar akan masuk 2 tahun very soon tapi photobook kawin tak siap2 lagi. Kata Ilyas, photobook tu lambat sebab nak masukkan gambar Umar sekali dalam tu! Haha.
Umar pun dah besar dan nakal. A typical boy of his age.
Cerita saya macam biasa. Busy bagai. Tak payah ceritalah.
Tapi saya ada membaca. Sedikit. Dan saya agak mungkin Juzuk 29 adalah antara juz2 yang saya suka baca. Bermula dari Surah al Mulk (ini bacaan kegemaran, saya suka alunan Syeikh Misyari di sini).
1. Wahai orang yang berselimut!
2. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"
5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
9. Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
Dan juga al Qiaamah dan al Insaan. Yang berkisah tentang langit dan bintang di hari qiamat. Syurga dan neraka. Sutera berwarna hijau. Salsabil. Dan Zanjabil.
Saya nak cerita pun tak pandai about these beautiful verses. Cuma boleh cerita yang saya terjumpa bila membaca.
Selamat dunia akhirat, InsyaaAllah.
~ AllahuAkbar
No comments:
Post a Comment