Monday, June 06, 2016
Salam Ramadhan (Kepada Pencinta2 Akhirat)
Ramadhan Kareem. Semoga kita semua telah membuat persediaan yang secukupnya untuk melalui Ramadhan dengan sabar. Tenang. Dan penuh kejayaan kali ini. InsyaaAllah.
Saya terima wa yang agak bernas, jadi nak share di sini. Kata ustaz:
1. Khatam alQuran dengan bertajwid. Paling tidak, sekali. Nota saya : dulu2 kalau khatam sekali pun sudah sangat gah. Now that is just a pre-requisite.
2. Baca terjemahan atau tafsir. Kalau tak habis semasa Ramadhan pun, sambung nanti selepas habis puasa.
3. Hafal ayat2 atau surah2 lazim. Paling tidak pesan ustaz, lima surah (reaction saya : ! )
Bila siap aktiviti di atas dilakukan, maka kita telah mendapat nikmat dan ganjaran yang sangat besar yakni:
1. Pahala membaca alQuran
2. Pahala memahami dan InsyaaAllah dapat beramal dengan alQuran
3. Darjat/Tingkat yang lebih tinggi di syurga hasil dari hafalan2 yang semakin bertambah
Bagaimana untuk mencapai target yang tiga di atas? Kata ustaz :
1. Kurang berhubung dengan orang ramai kecuali ibu-bapa
2. Kurangkan masa di fb/wa/etc
3. Kurangkan berjalan / berziarah
4. Kurangkan tidur
5. Kurangkan tonton tv (atau tidak tonton langsung)
6. Kurangkan masa di dapur. Berbuka di surau / masjid
7. Kurang bercakap
8. Jangan ke bazar Ramadhan; kecuali bila sangat perlu
9. Banyakkan masa di masjid
Itu yang ditulis. I am sure masing2 pun ada tip2 sendiri. Share lah. Kurang2 dapat lah sedikit pahala..
Selamat menjalani ibadah puasa dengan cemerlang sekali.
Coincidently, we just came back from Tawau/Semporna/Mabul. For now I just had to share a couple of awesome photos that we took. Nanti bila ada kesempatan I will post more.
Sangat cantik! (Namun semestinya tiada bandingan dengan yang abadi).
Selamat beribadah.
~ AllahuAkbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment