(saya tiada gambar lain jadi have to make do with this same photo)
I am in CJ again. Mom-sitting. Of course.
Tiada apa yang terjadi di CJ. Of course I would say that as I am home self-quarantined all the time. Abis takkan balik jaga mak tapi there I go frolicking around town / kampung kan. But I think the jerebu di Taiping agak buruk juga. It rained most heavily petang tadi. Alhamdulillah.
Sekali ni balik tak berapa
tengok drama. Mungkin tiada drama dengan hero dan heroin yang segak!
One thing I learn this time staying with mum. Biar manja dengan anak2. Maksudnya kalau pening suruh budak2 picit kepala. Kalau sakit biar anak2 urut kaki tu. Biar anak2 biasa menjaga mak bapak. Make them comfortable nak tanya mama sakit ke? Bapak sihat ke?
Mak asyik bertanya, umur mak dah berapa tahun. 91 jawab saya. 9 tahun lagi dah seratus? Ada ke orang hidup sampai seratus? Mesti lah ada. Kan ada perempuan tua di Jepun yang berumur 114 tahun? jawab saya. Eii, mak tak mau hidup lama sampai macam tu.
Bila saya hulur baju warna cerah, kata mak, mak tak mau pakai baju yang ini. Macam nak raya. Orang tua2 pakai baju malap2 saja. Oh, ok.. Kain batik pun tak boleh bagi yang baru. Lebih kelabu lebih mak suka. Bukan macam orang muda, pantang ada baju baru..
Bila mak mengadu tak larat saya pun tak tahu nak kata apa. Namun saya harap saya belajar. Hari ni hari emak, esok lusa hari saya entah apa ketentuan Allah.
Dan. Saya terbaca (which is completely related) ~
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al Israa : 23 - 24)
Selamat beramal dan mencari bekalan untuk hari2 yang abadi.
~ AllahuAkbar