Sunday, March 30, 2014

Baulu Kemboja

     

Kata Eirfan, kueh ni sedap giler. Dan saya tergelak besar bila dengar.


Sebenarnya saya punyai resipi ni sudah bertahun. Pernah saya cuba sekali; but no takers. Tak tahu di mana silapnya. Jadi dah tak buat lagi dah.

Baru2 ni saya terjumpa kawan yang buat baulu kemboja ni. I got home thinking I should try the recipe again (nasib baik resipi masih ada dan tak dibuang..)

Here's how ~
   1½ cawan santan pekat
   3 biji telur
   1 cawan tepung
   1½ cawan gula
   Daun pandan
   1 cawan air (guna air untuk blend daun pandan)
   Garam secukup rasa
   (Adjust gula, kepekatan santan dan garam ikut citarasa sendiri. Mak saya tak masukkan garam          dalam kueh manis. But I personally think it balances the taste)

Kacau semua bahan sampai sebati. Masukkan dalam loyang kegemaran anda. Bakar. After about 10 minutes in the oven, bawak keluar dan taburkan biji bijan. Bakar for another 15 minutes or so. Keluarkan dan rest (rest-kan kueh tu bukan tukang masak pergi rest..)

Ajak anak2 makan masa kueh masih lagi agak2 panas. I bet they will say "kueh ni sedap giler" jugak!


Bila dia tengok gambar ni, kata Iman, mama nak promote kueh ke bunga dip tu? Hmm.. (that was the bunga pahar I made for Ilyas' wedding actually)

Anyway. Selamat mencuba. I swear, this is the easiest kueh I have made so far. Saya ada cuba kueh bakar berlauk dari resipi ni; but I havent mastered that yet. Nanti bila sedap saya share lagi. Kalau tak ada keluar gambar tu, maknanye tak sedap2 jugak lagi..(haha)




~ xoxo

Saturday, March 29, 2014

Wedding @ The Duchess




The Duchess is a banglo near the Great Eastern Mall / Jelatek area. Renovated to have an open concept for events like weddings exactly. Saya agak ala2 kampung pengantin di Jalan Ampang dulu (its old location).

Mutalib & Zihan's  daughter got married there. It's a nice place but I think mungkin space agak limited untuk bilangan jemputan yang dipanggil.

But the decoration was flawless. Rumah tu sendiri pun dah cantik with small rooms that open up to the main dining area. The roses around the meja pengantin reminds me of Sleeping Beauty castle when the prince came to save her and had to fight his way through the thorns of the rose bushes that have grown through the hundred years (yeap, I do realize I got carried away..)

Cantik. I would love to have a wedding here too.



~ xoxo

Friday, March 28, 2014

The Angel



Angelic. I have a feeling I will post many more photos of my Umar al Haziq.


Apalah saya seorang nenek (maaannn, it feels so weird to call myself a nenek!) kalau tak post gambar of my one and only angel.

Kata kawan saya, you dont know what kind of night life I have when I am not working. I said, it couldnt be more interesting than mine. I am spending evenings with the new man in my life! haha (dan disertai dengan hilaian ketawa)




~ xoxo

Thursday, March 27, 2014

Nasihat-menasihati & Ingat-mengingati


I find that reading in small parts dan beristiqamah will have a more profound effect than reading lots of stuff and trying to cram everything into your head all at the same time.

Dan kadang2 terbaca sesuatu yang terpahat di hati ~

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Surah Al-A'raf, Ayat 179

Dan yang ini ~

Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). 

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?
Surah Al-Mu'minin, Ayat 115 - 116

Juga yang ini~

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, terdapat enam ciri ilmu yang bermanfaat:
1. Ilmu itu menambahkan diri kita takut kepada Allah swt.
2. Ilmu itu menambah penglihatan kita kepada keaiban (kekurangan dan kecelaan) diri.
3. Ilmu itu menambah makrifat kita dalam beribadah (keseronokan dan kemanisan dalam beribadah).
4. Ilmu itu menambahkan kecintaan kita kepada akhirat dan mengurangkan kecintaan kepada dunia.
5. Ilmu itu membuka pintu hati kita untuk mengenali bermacam2 penyakit amal yang tercela sehingga dapat menjauhinya.
6. Ilmu itu menambahkan penglihatan kita kepada tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga kita arif dengan kehalusan tipu helahnya.

Dan akhir sekali yang ini, video dari Sami Yusuf My Ummah, jika dapat menghayati senikatanya ~


Selamat mencari jalan untuk kesejahteraan dan kejayaan abadi.




~ xoxo

Friday, March 21, 2014

Untuk Ramadhan



Something that I got from my kak-aji. Lalu tertanya2, berapa hari dah berpuasa sunat sejak Ramadhan yang lalu? Sudah habis ganti yang perlukah? Dan oh, ye ke 100 hari lagi?

Tak lama lagi sudah masuk Rejab. Syaaban. Kemudian Ramadhan. Dan berkira2 untuk bersiap sedia dari kini. Untuk Ramadhan yang terbaik.

Selamat bersiap untuk hari esok.




~ xoxo

Thursday, March 20, 2014

Beautiful




Love this photo. What nenna / mum wouldnt? Pandai umi tangkap gambar.

Unfortunately tak ada pulak gambar Umar bersama umi; yang penat menjaga saban hari semasa dalam pantang dan selepas (Ilyas : your cue).

(Lalu, nikmat Allah yang mana yang ingin kita dustakan?)




~ xoxo

Sunday, March 16, 2014

Meminta





Kata2 ustaz amat membuka mata. Sememangnya bila berdoa dan meminta, saya beranggapan mungkin tidak layak diberi Allah apa yang dipohon. Terlupa Allah amat mengasihani.



~ xoxo

Friday, March 14, 2014

Wedding Photos @ Melawati

I love weddings (and not just because of the food). I love the pretty decorations that come with it. The flowers. The gifts. There are always so many details to admire.

We were at Intan's place the other day, her daughter got married. Intan has an eye for detail, amat teliti dengan segala persiapan, so everything looked so perfect.  

 The pelamin was simple but gorgeous all the same.

And I love the candy / sweet table. Cantik & charming.

The meja santapan pengantin was beautiful too. And we like the tiny fish swimming in the glass.

Alhamdulillah the weather was beautiful. And the wedding couldnt be more gorgeous.




~ xoxo

Thursday, March 13, 2014

Water, Food and Plane

Hi darlings. And how is the water condition at your place?

For the longest time (that I can remember), this is the first time that we experience a water cut. Sepanjang hidup rasanya tak pernah terjadi banci air. Even in the 80s / early 90s? during the Commonwealth games when almost the whole of Klang Valley was affected with the cut, people in Melawati were still washing cars and watering their plants like nobody's business. I remember my maid washing the porch then. Lalu saya kata sudah lah tu. Kesian pulak memikirkan orang lain tak ada air walhal kami pula masih bersenang2 dengan pembaziran air.

Semalam air yang keluar dari paip amat perlahan. Hari ini langsung tiada. But Alhamdulillah we are prepared. And Alhamdulillah we are not in an apartment on the 10th or 20th floor somewhere.

Alhamdulillah no water also means no cooking. Which I am taking full advantage of!

 We were at a place called Nyonya Valley yesterday. It is a small restaurant on MRR2 that serves macam2 nyonya dishes including lauk-pauk dan noodles. 

The waitress recommended the lime and garlic steamed fish; which we like. And the char kway teow was the nicest that I had in a long time. 

We were also at Cupcake Chapter (next door to the Nyonya Valley) again -

 
We had their honey & lemon chicken, barbequed lamb shoulder and chicken cordon bleu (picture; we love the sos cili smiley); which were all delish. So are their caramel and chocolate muffin. And assorted cupcakes that we ordered. Rupanya dinner is a full house affair at the place. Cantik dengan meja2 kat luar kedai under the canopy. Seriously charming. You must come have dinner here.

And then we were at Pegaga; also on the same row with the other 2 places. Theirs is a more traditional Melayu dishes like the name suggests. Unfortunately tak ada gambar.

And. I also find this along the same row of shops.

 It is a rather hip cafe called Kafe Skrin (macam untuk orang2 wayang jadi saya pun agak2 cuak nak masuk). I will try this also soon (tomorrow, if the water is still not turned back on?) But I am all for the messages that they have pinned on the front door.

Doa banyak2 untuk mangsa MH. For the family. For the plane to be found. MAS. Dan maruah negara. Ugama. Bangsa.



~ xoxo

Thursday, March 06, 2014

Iqra' Part 1 : Hasan Al-Banna; Perjuangan Yang Belum Selesai



Bila saya bertanya siapa Hasan al-Banna, jawapannya sentiasa sama - pengasas Ikhwan Muslimin di Egypt. Muslim Brotherhood. Saya hmm.. dengan panjang.

So what did he do, I always wondered. Ulama' kah dia. Atau talib (penuntut). Atau military.

The book is for Eirfan actually. But I thought I'd read it first. After reading it I thought it is too mature for Eirfan. Langsung terfikir pula, Hasan al-Banna pada umur semuda 13 - 14 tahun pun sudah mula berdakwah. Standard saya rupanya teramat rendah..

Umur Hasan al-Banna agak singkat; 1906 - 1949. He's a teacher and an imam, yang cerdik dan semasa mudanya bercita2 masuk ke Al-Azhar namun gagal kerana tiada punyai dana. Pada usia awal 20an nya Hasan al-Banna telah menubuhkan Ikhwan Muslimin. Menerapkan semula nilai Islam dalam masyarakat. Memperjuangkan kebangkitan Mesir terhadap kuasa barat yang menindas rakyat sementara kerajaan leka disogok kesenangan duniawi. In the end Hasan al-Banna was assassinated.

Buku yang saya baca ini cuma lightweight, ditulis untuk remaja. Mungkin saya perlu baca Hasan al-Banna the unabridged version. And maybe I should be reading about Tariq Ramadan too (cucu kepada Hasan al-Banna).

Anyway. Saya amat tertarik dengan wasiat Hasan al-Banna -
1. Apabila mendengar azan, bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekali pun.
2. Bacalah alQuran, tatapilah buku2 ilmu, pergilah ke majlis2 ilmu dan amalkanlah zikrullah. Dan janganlah membuang masa dengan perkara yang tidak memberi faedah.
3. Berusahalah bertutur dalam Bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa2 perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak memberi apa2 kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia2, malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan.
9. Berkenalan dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah adalah berkenal2an dan bersikap kasih sayang.
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik2nya dan ringkaskan pelaksanaannya.

Adakah yang mana2 yang anda tidak setujui?

Recommendation ~ This would be good for your teenagers. I would suggest the unabridged version of the leader for a more serious read.

Selamat mencari ilmu. Berdakwah. Dan mencari kesempurnaan keperibadian. Hidup ini sebenarnya amat singkat.



~ xoxo

Sunday, March 02, 2014

The Angel & The Ustaz


We were lucky. Ustaz datang berceramah di Melawati dan bersetuju untuk mentahnikkan Umar!


Ilyas&Zuf sememangnya belajar di kuliah Ustaz Habib Ali di Masjid Muaz Jabal di Setiawangsa tiap Jumaat. Dan juga peminat ustaz (I am fast becoming a fan too. Ustaz bercakap dengan amat lembut dan jelas). 


Doakan kami di dalam perlindungan dan rahmat Allah sentiasa. Sejahtera dunia dan akhirat. Ameen.



~ xoxo

Saturday, March 01, 2014

Yang Terbaik Sebagai Bekalan



Kata ustaz, bila memberi ingatlah sebenarnya kita memberi untuk diri sendiri. Berbuat baik di dunia, tetapi balasan berganda bakal diterima di akhirat nanti. Berilah yang terbaik.

Saya beberapa kali melancarkan tabung bantuan di rumah. Setakat ini baru untuk anak2 yang masuk hospital. Al-maklum, bil hospital bukannya murah. Kata saya pada anak2, buat baik bermula dari dan untuk keluarga kemudian dipanjangkan kepada masyarakat yang memerlukan. Mata saya agak bulat bila anak saya hulurkan wang yang agak banyak untuk tabung bantuan ini. Tak payah lah sebanyak ini, nasihat saya. Balas anak saya, ini untuk saya di sana nanti. MasyaaAllah. Saya terdiam.

Lalu saya teringat ayat ini dan kuliah ustaz.

Selamat memberi. Untuk bekalan hari esok, yang mana tiada pertolongan lagi kecuali amalan yang baik semasa di dunia. Dan rahmat Allah. Dan syafaat Muhammad Rasulullah.

(Saya tercari2 buku yang mana satu yang diambil gambar ini untuk rujukan. Namun tidak terjumpa. Does anybody know?)




~ xoxo