Saturday, August 13, 2016

Hi


Assalam darlings.

Admittedly things are a bit slow on this blog. I am currently on ig if you'd like to hear from me. (chewwah konon orang nak ikuti perkembangan kita kan...)

You can find me at azah.yahya there (tak pandai nak pakai nama samaran yang cute-slash-catchy lagi masa create account tu. haha)

On a serious note ~ if you are on ig please leave comments (jangan la pergi lurking anonymously jer..) and also do share your account name as well so I can read about you.

Take care. Semoga dirahmati Allah setiap saat. Dan tolong doa yang terbaik untuk saya di tanah suci.



~ AllahuAkbar. Labbaikallah.

Monday, July 18, 2016

My Raya


Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.

Baru terperasan that it has been a month since the last post. Bak kata Fatin, bila dah ada instagram nanti dah tak brape nak blog. Betul jugak lah ayat tu. But yeay, I am indeed on IG.

Anyways. Baru nak cerita pasal our raya.. Sebab bonda ada di KL, jadi tahun ni kami beraya di KL dulu.



Tak berapa syok raya sekali ni - sebab gambar raya tak cantik! haha. I wanted to have a professional raya photo tapi alahai, semua orang teramat busy. Tak tercapai la hasrat.

But we had the nicest lemang this raya. Jika anda berada di UK di musim raya, singgahlah di gerai Lemang Pak Ajai. Di MRR2, gerai yang pertama selepas simpang Giant menghala ke zoo (kalau ke selatan). Memang sedap lemng ni. Tak ade yang jelantah (slang bonda). Atau yang terlebih garing. Tapi watch out, the queue sangat panjang kalau sebelum raya. Ilyas had to queue sampai 3 jam hari yang sebelum raya tu.

Tapi sekarang dah banyak reda.. mungkin weekends agak ramai orang. A guy I know kata dia order via fon dulu and then he went to pick up the lemang. Unfortunately I dont have the number..

We visited bonda di Cheras on first raya, but she was quite unsociable at that moment. Orang sakit kan. And then visited in-laws dan melepak di Casuarina sekejap.. and that was my raya.

How was yours?

ps - Sesiapa yang nak datang ke rumah, datanglah (seikhlas hati, cheewwwah tagline company lagi tu). Tapi telefon lah dulu.. taklah kelam kabut nak siap kan. Kata ustaz, untung orang yang rumah nya sering didatangi tetamu. Rezeki makin bertambah dan .. I dont remember what although I just read about it (ini faktor umur). Serious. Siapa nak datang, cakap laa.. Bila2 pun. Not just during this raya celebrations.




~ xoxo


Friday, June 17, 2016

Mama, Bapak; Kita Kena Bincang


Many times I told the boys, surely there will come a time when you'd say to me or bapak: mama/bapak, duduk sini; kita ada benda nak bincang sikit. hahaha (if you do not know, that is the time when they ask you boleh ke nak pergi rumah 'kawan' dan jumpa dengan mak-bapak 'kawan' tu.)

Of course most times I think I was the one prodding and asking, are you two serious? Bila nak pergi hantar cincin? (nak tunggu dia orang lambat..)

And so the other day kami pergi hantar cincin/bertunang untuk my last eligible bachelor (for now. Efan belum masuk category eligible yet).

Sekali ni saya take action agak lambat. Percaya atau tidak saya mencari bunga satu KL tapi tak jumpa bunga! (menipu lah tu..) In the end, desperate and out of time I went to see my florist and tell her what I need. She is indeed my savior. Setiap kali wedding dia lah yang buat apa2 flower arrangement I need, including sireh junjung.

 I told her I want white flowers with lily. And she did this. Lagipun saya cuma perlu tiga dulang.

My inspiration for the hantaran this time is this.
 Namun tak kesampaian kerana apparently peach flowers are not the in-thing at this time. Apa2 sajalah; saya fikir apa yang cantik tak kisah pun in ke tidak.

 And Aeda made us pretty golden cupcakes which we love.

And the men got down to the serious business.
Ada pantun. Kata Uncle Rahman, our spokesman saya tak pandai berpantun. Luqman ada prepare beberapa bait pantun tapi tak pulak dia share :
     Dua, tiga kucing berlari
     Mana nak sama si kucing belang
     Tujuan kami datang ke mari
     Membawa rombongan untuk bertunang!
(pada saya, jadi lah tu. Dah cantik sangat)

Anyways. The occasion went on quite well. Alhamdulillah. Allah amat pemurah.


So yeay, we will have another wedding soon. Time to bring out the ribbons and tepak sireh and invitations list out again. And on and on.

ps-kata kakak2 saya, what - another wedding so soon? Awat anak2 hang laku2 belaka? hahaha. Kata saya budak2 ni lelaki lah. Dia orang yang mencari (but then bila fikir balik, ada je anak2 lelaki yang membujang sampai ke tua..)

Alhamdulillah, rezeki sekeluarga amat murah. Juga rahmat Allah. We are so blessed.



InsyaaAllah di dalam lindungan Allah sentiasa. Dan sentiasa bersyukur akan nikmat2 Nya.


~ AllahuAkbar



Tuesday, June 14, 2016

Marvelous, Mabeles, Mabul


I have much to talk about. But so little time. Tersangat sibuk semasa Ramadhan.

We were in Tawau / Semporna / Mabul recently. Before puasa. Terasa sangat perlu ke luar kawasan. Macam being stressed bagai about leaving town even for a few days despite having a short break in PD earlier.

Macam2 tempat di recce tapi sudahnya sampai ke Mabul. MasyaaAllah. Mabul sangat cantik. Must thank Aeda for telling me about her holiday there.

Inilah gambar cantiknye Mabul.


To get to Mabul you must first fly to Tawau. Which is close to three hours from KL. Then you need to travel by road to Semporna; maybe one and a half hours. Then take a boat to Mabul - another hour or so.

 And voila, this is what you get.




We stayed at a modest place that is built on stilts in the water (it is non-peak season, so we had the place almost all to ourselves).



Which faces the most glorious sunset.

Mid-morning onwards the Bajau Laut will row their sampans kat bawah tingkap kami selling fresh fish, ketam and whatever they had caught that morning.



We bought what we fancy and asked the chef at the chalet to cook for us (I mean like wow!) Fyi these ketam that we bought masih hidup when we paid for them.


The best chili crab I have ever eaten. Sungguh, tak tipu.

Bajau Laut tu tinggal di sampan2 which is home to them di tengah laut, come rain or shine.

Pakai bedak sejuk kuning lagi, jangan tak tau...

And we went snorkeling in Mabul.

Saya sebenarnye tak pandai snorkel. Penakut. Mesti ada pelampung (walaupun pakai life jacket!). And I have to make sure the boys are close.. (sheepish) And I thought the sea in Mabul was bluer than anywhere else.

Kalau sampai lagi ke Semporna saya ingin terus ke Sipadan (chewwah) which is about 30min on a boat from Mabul (but you need special permit in advance) and to hmm.. apa nama kampung tu ya - it is a place where seaweed are cultivated. I read that the kampung is situated in the middle of the sea somewhere on tiny island with very basic facilities. With open sky and vast sea and wind blowing in your face. Sounds wild.

Ini antara nikmat2 Allah. MasyaaAllah.

I am most definitely preparing a photo book for this trip! Sangat cantik untuk tidak dibukukan.




ps - Selamat giat berusaha untuk kemenangan di hari2 Ramadhan yang sangat cepat berlalu. Sedar atau tidak, hari ni sudah ke-sepuluh (!).



~ AllahuAkbar




Monday, June 06, 2016

Salam Ramadhan (Kepada Pencinta2 Akhirat)


Ramadhan Kareem. Semoga kita semua telah membuat persediaan yang secukupnya untuk melalui Ramadhan dengan sabar. Tenang. Dan penuh kejayaan kali ini. InsyaaAllah.

Saya terima wa yang agak bernas, jadi nak share di sini. Kata ustaz:

1. Khatam alQuran dengan bertajwid. Paling tidak, sekali. Nota saya : dulu2 kalau khatam sekali pun sudah sangat gah. Now that is just a pre-requisite.
2. Baca terjemahan atau tafsir. Kalau tak habis semasa Ramadhan pun, sambung nanti selepas habis puasa.
3. Hafal ayat2 atau surah2 lazim. Paling tidak pesan ustaz, lima surah (reaction saya : ! )

Bila siap aktiviti di atas dilakukan, maka kita telah mendapat nikmat dan ganjaran yang sangat besar yakni:
1. Pahala membaca alQuran
2. Pahala memahami dan InsyaaAllah dapat beramal dengan alQuran
3. Darjat/Tingkat yang lebih tinggi di syurga hasil dari hafalan2 yang semakin bertambah

Bagaimana untuk mencapai target yang tiga di atas? Kata ustaz :
1. Kurang berhubung dengan orang ramai kecuali ibu-bapa
2. Kurangkan masa di fb/wa/etc
3. Kurangkan berjalan / berziarah
4. Kurangkan tidur
5. Kurangkan tonton tv (atau tidak tonton langsung)
6. Kurangkan masa di dapur. Berbuka di surau / masjid
7. Kurang bercakap
8. Jangan ke bazar Ramadhan; kecuali bila sangat perlu
9. Banyakkan masa di masjid

Itu yang ditulis. I am sure masing2 pun ada tip2 sendiri. Share lah. Kurang2 dapat lah sedikit pahala..

Selamat menjalani ibadah puasa dengan cemerlang sekali.


Coincidently, we just came back from Tawau/Semporna/Mabul. For now I just had to share a couple of awesome photos that we took. Nanti bila ada kesempatan I will post more.



Sangat cantik! (Namun semestinya tiada bandingan dengan yang abadi).



Selamat beribadah.


~ AllahuAkbar.





Sunday, May 29, 2016

From Cheras With Love (LOL!!!) ~ Mom Sitting


(Tagline di title sangat tak international. hahah. Orang lain London-Paris-New York lagi with love. Saya setakat Cheras pon nak kecoh..)

It has been quite some time kami adik-beradik berulang-alik ke Cheras; my brother's place. Mak di sana sekarang. For maybe close to 4 months now. Seperti biasa, kami ada roster kami menjaga mak (my sisters are good in this roster thing).

Soalan mak sama setiap masa. Boleh ke mak duduk sini? Depa tak marah ke? Siapa jaga mak? Sampai bila nak jaga mak macam ni? Larat ke? Etc, etc..First time kena tanya soalan2 cepumas ini, ternyata agak gagap nak jawab.

Tea is almost always in bed these days. Mom has proper hospital bed with all the bells and whistles (my sisters are good in this as well. hahahah)

Dengan cicit yang paling muda (or antara yang paling muda, I think).. Duduk di KL lebih bagus - we all thought so. Ada je visitors datang. Adik-beradik, makcik-pakcik. Anak2 sedara. Cucu-cicit. Tak sunyi macam di kampung.

An occasional afternoon stroll. Sangat jarang nak keluar rumah walaupun we insist that she need not get up while out. Biasa nya the conversation goes like, mak jom kita pergi ambik angin? Tak mau. Tak larat..

Old fingers.



Semoga dikurniakan kesabaran. Ketabahan. Ketenangan. Rahmat. Dan keampunan InsyaaAllah. Ameen.



~ AllahuAkbar


Thursday, May 26, 2016

They Are Two!!!


The babies are two this year. Already! Birthday Umar in Feb and Sara recently. When they were one we had parties (here and here). Tahun ni takde party dah. Presents je.


Sara makan2 kek dengan kawan2 di taska.
Kek tu mami yang buat pun.. and I am sure teacher yang suruh Sara buat camtu camni masa tangkap gamba..

Umar dapat hadiah train and duplo. Sampai tak boleh tido malam main duplo dan train. The boys had fun setting up the train set. Tapi unfortunately video tak berapa cantik walaupun sangat fun.


Coincidently. Efan celebrated his birthday this month as well. Sejak ada babies ni, birthday Efan selalu agak low-key (hahah.. sheepish). Haritu we went to Pizza Hut for his birthday. Only the four of us.

Pizza Hut di Wangsa Maju sangat popular dengan birthday parties - they will turn down the lights and play hip HBTY song with the staff carrying in the birthday cake with candles all lit. With clapping and all. We celebrated Efan's bday here when he was 7 or 8 I guess. Dia punya la nervous nye (and kept asking Efan punya ke? Efan punya ke? when the HBTY song was played. Kelakar pulak bila ingat).

So the other day I asked him, mama bawak kek dan kita suruh staff Pizza Hut tu nyanyi ye..? Kata Kaia, tengok2 Efan kata nak; camne? hahahah. The happy birthday wish above was sent by Efan to himself (I will send that to myself too on my birthday; just to remind myself that I am in fact awesome actually!)

And how time flies. Kita je yang tak sedar umur makin banyak maka maksudnya masa yang tinggal makin berkurangan untuk persediaan hari2 yang abadi.

Take care.



~ xoxo


Tuesday, May 10, 2016

Nikmat2Nya


We were at Luqman's/Izzi's place the other day. For lunch. Kesian newly-weds kena masak untuk kami yang datang beramai.

Bila tengok gambar Sara kat sini baru teringat balik yang rumah ni memang sangat berangin dan tak berapa kena matahari sangat. We stayed at this place close to 10 years before moving to our current home.

The lantai is super-shiny sebab baru kena grind balik. Home sweet home. The hosts cooked spaghetti for us with fruit cocktail. Dan saya bawak ice cream potong (saje..)


Sangat suka gambar ni. The simplest pleasure in a child's life - catching billowing curtains. Sara berlari2 di rumah 'cle Luq dia.

Selamat dunia akhirat, InsyaaAllah.



~ AllahuAkbar


Wednesday, May 04, 2016

Time Out lah. Dah Letih.


Diam tak diam it has been a year since the last time I have been to anywhere! (ha, nak start whine lah tu..). Macam tak percaya setahun tak keluar rumah; kecuali balik kampung mom sitting.

So alang2 cuti panjang labor day weekend we decided to get out of town berjalan2. Mula2 plan nak pergi KT, tapi semua orang busy to take such a long trip. Jadi kami ke PD je.

We stayed at the new Lexis Hibiscus.

Company ada special rate; dapat lah murah sikit.. Dan sangat berbaloi. The room comes with a dip pool, a sauna(!), bath tub dan dual shower heads in the bathroom. Sara gembira bertukar2 tempat mandi sesuka hati dia.

If you are there, make sure you get a villa that does not face one another. Sebab pool di porch, kalau rumah mengadap2 nak mandi apa kat pool. We took their sky villa, one that sits in the tower. Memang for sure tak ada unit yang mengadap kami. Selamat. And we were on the 12th floor. Lagi best; we get all the nice view.



They have different types of villa, depending on location. On the tower, di daun, di kelopak bunga, di stigma dan yang paling mahal di hujung stigma tu; the presidential suite.

Night view from the 12th floor.

Morning mist.


With multitude things to do. Sedway, cycling, tandem, swimming dan macam2 lagi.

Recommended to go. Tak boring. And breakfast was enormous (padan le dengan harga pun..) Mungkin next time nak pergi tapi nak ambik unit yang mengadap ke open sea. And no view of any activity at all - only the open sea and sky. Should be interesting. Or boring(?)




~ xoxo



Thursday, April 14, 2016

Iqra' Part 6 : Manusia Yang Selamat Kembali Kepada Islam


I read this book by al Sheikh Yusuf al Qaradhawy; titled Masjid Parlimen Umat. It is actually a compilation of sermons by the sheikh.



Saya habiskan buku ini dalam masa 2 hari. A record for me actually, who usually takes months to finish even the tiniest, the thinnest of books. Kebetulan saya attended kelas Ustaz Fawwaz, dan kata ustaz : kita orang Islam, kita mesti rajin bekerja. Tiada masa untuk bermanja2 malas dan menghabiskan waktu.

Kemudian saya attend pulak a talk by an imam sheikh from Jeddah. Kata sheikh, dalam Arab culture time is life. Masa itu sangat2 bermakna dan kita orang Islam, tidak membuang masa dengan kerja yang sia2 (ber-FB, WA yang bukan2, menangis dan menonton drama Korea bersiri2 termasuk dalam contoh sheikh. This happens in Saudi as well rupanya). We are strong, we develop, we build things that lasts thousands of years that benefit to the entire universe.

Ustaz2 semua sangat bersemangat; so that is why I finished this book in two days. Anyway.

Antara persoalan yang ditujukan kepada sheikh yang disebut dalam buku ini adalah bagaimana seorang individu yang standing in any corner of the world could possibly contribute towards saving and building the entire ummah? 

Pesan sheikh, manusia yang selamat adalah mereka yang kembali kepada Islam. Jadi kembalilah kepada Islam yang sebenar. Yang berdasarkan syariat Tuhan. Yang lurus. Yang tidak di campur-aduk dengan pemahaman timur, barat, tradisi mahupun budaya. Yakni kembalilah kepada Islam dari segi pemahaman, pelaksanaan, keimanan, moral dan tingkah laku.

That individual standing in that corner of the world somewhere adalah asas kepada komuniti yang baik. Dan asas umat yang soleh. 

The individual in that corner mestilah beriman. Iman akan membuahkan amal. Mestilah berilmu. Yang juga akan membuahkan amal.

Perkara pokok dalam beriman ialah menyembah Allah semata-mata. Sekali-kali tidak ada tuhan selainNya. Dan manusia juga mesti merenung penciptaan langit dan bumi alam semesta jiwa dan sejarah untuk menguatkan iman.

Dan telah disebut siapa orang-orang yang beriman itu -

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya,
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:-
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Al-Mukminuun; 23 : 1-9

Dan di dalam Islam manusia tidak dijadikan untuk hidup bersendirian, Beramal pun tidak bersendirian. Malah dalam surah al Fatihah walau bersolat sendirian kita berdoa agar Allah "tunjukkan kami jalan yang lurus.." Bukan aku/saya.

Kita dijadikan untuk hidup dalam kelompok umat islam yang saling kasih-mengasihi dan nasihat-menasihati. The small communities that fold into one large giant of a strong Islamic nation.

Dan banyak lagi tajuk lain yang disentuh oleh sheikh.


Saya agak-agak malas membaca sebenarnya. Tapi bacaan begini terasa amat membina. I always tell the kids baca je buku apa2 pun asalkan yang dapat membantu dan membina diri di dunia dan akhirat.


Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang2 yang beriman dan yang nasihat-menasihat agar mentaati kebenaran dengan kesabaran. Ya Allah perkenankanlah doa kami. Ameen.





~ AllahuAkbar


Monday, March 28, 2016

The Best Time Of Our Lives


This is actually something similar to a line from a Bryan Adams' song titled Summer of 69  (you may say: So? And I would so agree with you..)

Anyways. Semua orang kata comeii nye Umar bila tengok gambar ni. Takkanlah saya nenna tak kata comei (walau apa gambar sekali pun. Haha). Kata Abi kat luar frame tu ada Abi dan pedang. We didnt get it until Abi sent the next couple of gambar.


Barulah kami pun ooo.


 Itu gambar Umar masa baby dalam passport. Yang gambar sekali ni pun tangkap gambar untuk passport jugak.

The wonderful life of a toddler : the infinite freedom.


This is indeed the best time of life. Teramat banyak nikmat. Makan sedap. Sihat tubuh. Tidur yang lena. Anak-menantu-cucu yang membahagiakan (cheesy - but for the lack of a better word I had to use it). Kata Sheikh Assim alHakeem (I was at his talk and he was most engaging - in Arabic time is life, bukan setakat emas) - apa nak tunggu lagi buat je lah ibadat sebab kalau harini tak buat, esok lusa lagi tua lagi tak ada daya.


Kadang2 terfikir, apa yang akan diceritakan kepada Allah di sana nanti on my contribution for ugama? Ada ke?


Selamat beramal untuk hari yang tiada diketahui kepayahannnya.




~ Allahuakbar