Friday, February 19, 2016

Wedding Stories ~ Alhamdulillah


And so Luqman's wedding is officially over. Alhamdulillah. I thought it went really well.

We wanted a small-ish ceremony; and it was that. Kecil tapi cantik. Itu angan-angan saya. Pardon me for saying so, I thought the wedding was simply that.

Casa Haleconia was indeed pretty. Lush plants. Green grass. Fountains. Dan MasyaaAllah the weather cooperated.

Kata beberapa tetamu makanan pun sedap. Sesungguhnya Allah amat pemurah (bak kata ustaz, cara menunjukkan syukur kepada Allah ialah dengan mentaati seruanNya).

I have pictures to share if you'd like to see.


ps - gambar pengantin sengaja saya letak kecil. I have an inkling that pengantin tak minat gambar mereka terpampang (agak saya lah).

On a serious note : Bila tengok gambar keluarga begini, saya pulak yang jadi takut. Sebab terlalu banyak nikmat Allah. Apa yang tinggal untuk di sana nanti?


Berkat dunia akhirat, InsyaaAllah.




~ AllahuAkbar



Book 5 : Saiful Nang ~ Kisah Orang Menang; From CJ With Love


Dan akhirnya tamat juga saya membaca buku ini.


Dah berbulan rasanya saya beli. Dah nak relai pun pages tu. Merata tempat saya usung.

I was curious about Saiful Nang sebab tu saya beli. Saya agak buku ini sangat membina. An eye opener in some ways. Boleh jadi tauladan for the younger generations. And even the old.

Mula2 saya kenal Saiful Nang semasa Nana, anak buah saya berkahwin. Saiful Nang was the photographer. Years ago. And now look how far he has come. Saya amat minat gambar2 yang dihasilkannya. He said he was going to conduct workshops on how best to take baby photos. I should attend that. And Yani attended his workshop because she wanted to take better cake photos (how cool is that?)

His formula for success is quite straight forward. Be passionate about you do. Must have some business sense as well. Everyone fails at one point or another so dont think so much about that, but think of the lessons you have learnt from the process. Jangan kedekut. Jangan dengki. Harta yang diberi Allah bukannya milik mutlak kita.

Baca la. He is quite an achiever.

Dan sebenarnye saya menulis dari CJ. Mom sitting again. Kasihan melihat ibu yang tua. Amat tidak bermaya. Dengan hanya doa saya dapat membantu.

Ya Allah, Engkau permudahkan urusan untuk bonda. Dan permudahkan jugalah kami membantu dan meringankan ujiannya. Ameen.





~ AllahuAkbar

Wednesday, February 03, 2016

Nikmat-nikmat


Kalau dibilang, semestinya teramat banyak nikmat yang Allah kurniakan. Antara kita kira atau tidak; sedar ataupun tidak.

Kata ustaz, nikmat2 ini adalah juga ujian dari Allah. Anak2 yang sihat. Bumbung yang teguh. Kesihatan. Ilmu. Tidak semestinya duka nestapa, sakit atau sempit saja yang merupakan ujian.

Juga pesan ustaz, nikmat Islam itu adalah sebesar2 nikmat yang Allah kurniakan kepada sesiapa pun. AllahuAkbar.



Itu muqaddimah.

Alhamdulillah photo book Luqman kahwin pun dah siap. Kata anak2 - amazed - whoa, dah siap?

Lagi best cerita Ilyas dan Zuf - Umar akan masuk 2 tahun very soon tapi photobook kawin tak siap2 lagi. Kata Ilyas, photobook tu lambat sebab nak masukkan gambar Umar sekali dalam tu! Haha.

Umar pun dah besar dan nakal. A typical boy of his age.

Cerita saya macam biasa. Busy bagai. Tak payah ceritalah.

Tapi saya ada membaca. Sedikit. Dan saya agak mungkin Juzuk 29 adalah antara juz2 yang saya suka baca. Bermula dari Surah al Mulk (ini bacaan kegemaran, saya suka alunan Syeikh Misyari di sini).


Termasuk Surah al Jinn. Dan al Muzammil (surah 73 ayat 1-9; yang menyebut tentang keutamaan solat malam).

1. Wahai orang yang berselimut!
2. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) 
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"
5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
9. Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

Dan juga al Qiaamah dan al Insaan. Yang berkisah tentang langit dan bintang di hari qiamat. Syurga dan neraka. Sutera berwarna hijau. Salsabil. Dan Zanjabil.

Saya nak cerita pun tak pandai about these beautiful verses. Cuma boleh cerita yang saya terjumpa bila membaca.



Selamat dunia akhirat, InsyaaAllah.




~ AllahuAkbar