Friday, November 10, 2017

Hajj : THE Journey Part II


In Makkah we stayed at the Retaj Safwah Hotel, about 350m from the Haram. We got Room 901; a room with a corner window on the 9th floor.

With an awesome view of the street people where people pass by to the Haram and also of the dataran masjid in front of the King Abdul Aziz. We love the room. Subhanallah.

Aktiviti setiap hari di Makkah sama, sementara menanti wukuf. Pergi ke masjid mesti cepat sebab musim haji dan masjid sangat penuh. Pernah sekali terlewat, dan terpaksa naik ke bumbung.
Di bumbung takde kipas, but you get a view like this at Maghrib.

And I like to just sit (dan menung) di depan Kaabah. Especially in the early morning when most jemaah balik untuk sarapan. Sambil zikir. Or just stare at the Kaabah (sambil meraih pahala).

Bila tidak dapat ke masjid, I finished the time melepak je di bilik. Tengok orang pergi balik ke masjid. And take lots of photos of the street below.
These are taken from our corner window. Semakin dekat wukuf, semakin berpusu2 jemaah on the street below.

Arafah is surely an experience that I would love to repeat. Penuh sayu. Tiada haji tanpa Arafah. Kami tiba di Arafah selepas Maghrib. Perjalanan dari Makkah dan Arafah penuh dengan debaran. Tak tau pulak sebabnye. Maybe because it is something big dan sangat significant.

1. Gambar Kaabah di atas diambil di tv sebelum bertolak untuk wukuf. Ternyata Kaabah sangat lengang kerana jemaah telah bergerak ke Arafah. 2. Berjumpa Fatin di Arafah. Kami ambil pakej yang sama tapi berlainan hotel. Dan tak pernah pun terjumpa di masjid. 3. Khemah di Arafah agak lapang berbanding di Mina. 4. Khutbah Arafah disampaikan ustaz di luar khemah. Berjurai air mata. Selepas khutbah masa dipenuhi dengan zikir yang dibimbing oleh Ustz Zul Hamzah. 5. Dan antara waktu berdoa yang sangat mustajab adalah di Arafah, selepas waktu Asar. Cari lah mana2 tempat di bawah langit Allah yang luas dan berdoalah. Jangan doa dalam khemah kerana sangat digalakkan menadah tangan di bawah langit yang terbentang. 6. Apabila Maghrib, tamat lah waktu mustajab berdoa di Arafah.. Sedih bila nampak the sun was setting dan cahaya mula bertukar kepada kesamaran oren.

Selepas Isya' kami menaiki bas ke Mudzalifah. Bas berkali berpusing mencari peluang untuk berhenti tapi tidak berjaya lalu mutawif membaca doa dan kami terus masuk ke Makkah semula untuk tawaf, saie dan bergunting.

We arrived at the hotel at about 3am. Menyuci badan dan berwudhu' dan terus ke Masjidilharam untuk bertawaf. Kaabah sangat penuh tapi masih ada juga ruang untuk kami bertawaf di tingkat bawah.

Selesai tawaf, saie dan bergunting dan berjalan pulang ke hotel. Pagi raya.

We left for Mina in the afternoon, lepas Asar. Ternyata khemah di Mina sempit dan ruang untuk setiap jemaah sangat kecil. Tapi Alhamdulillah kami ada tilam, jadi tak de orang boleh nak encroach atas tilam kita.. We never have food or drinks problem di Arafah maupun Mina. Jus kotak, air mineral, tea and coffee is free flow. As well as Maggi (haha). Cuma nya air tak pernah dpt yang sejuk sebab laju sangat kena replenish (I am not complaining. Sekadar bercerita..)

Jamrah. Sememangnya Allah permudahkan urusan haji ini. Berjalan ke jamrah mungkin mengambil 15 minit. Kalau nak banding dengan jemaah yang terpaksa berjalan ber-km jauhnya. Kadang2 sampai tertanya, sikit ke dapat pahala kalau urusan haji ini mudah..?

The jamrah is modern, sleek. Berkilat sebab baru. Spic and span. Dan melontar dikelolakan dengan sangat efisyen dek ustaz2 yang bertugas. You walk in, briefed what has to be done, lontar, berdoa dan keluar. Lama2 pun tak boleh sebab pak arab jaga tu dah tiup wisel.

Before you know it, we are already turning our backs on the syaitans that were pelted. And just like that, our haj is done. Sedih pulak bila sedar kata dah siap dah haji sebenarnya.





~ Subhanallah. Alhamdulillah