Tuesday, October 06, 2015

From CJ With Love



(saya tiada gambar lain jadi have to make do with this same photo)

I am in CJ again. Mom-sitting. Of course.

Tiada apa yang terjadi di CJ. Of course I would say that as I am home self-quarantined all the time. Abis takkan balik jaga mak tapi there I go frolicking around town / kampung kan. But I think the jerebu di Taiping agak buruk juga. It rained most heavily petang tadi. Alhamdulillah.

Sekali ni balik tak berapa tengok drama. Mungkin tiada drama dengan hero dan heroin yang segak!

One thing I learn this time staying with mum. Biar manja dengan anak2. Maksudnya kalau pening suruh budak2 picit kepala. Kalau sakit biar anak2 urut kaki tu. Biar anak2 biasa menjaga mak bapak. Make them comfortable nak tanya mama sakit ke? Bapak sihat ke? 

Mak asyik bertanya, umur mak dah berapa tahun. 91 jawab saya. 9 tahun lagi dah seratus? Ada ke orang hidup sampai seratus? Mesti lah ada. Kan ada perempuan tua di Jepun yang berumur 114 tahun? jawab saya. Eii, mak tak mau hidup lama sampai macam tu.  

Bila saya hulur baju warna cerah, kata mak, mak tak mau pakai baju yang ini. Macam nak raya. Orang tua2 pakai baju malap2 saja. Oh, ok.. Kain batik pun tak boleh bagi yang baru. Lebih kelabu lebih mak suka. Bukan macam orang muda, pantang ada baju baru..

Bila mak mengadu tak larat saya pun tak tahu nak kata apa. Namun saya harap saya belajar. Hari ni hari emak, esok lusa hari saya entah apa ketentuan Allah.

Dan. Saya terbaca (which is completely related) ~
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al Israa : 23 - 24)



Selamat beramal dan mencari bekalan untuk hari2 yang abadi.





~ AllahuAkbar


Monday, October 05, 2015

So Sedaaapp


Let's talk about inspirations.

What inspires you? A book? Some smart person you met maybe. Or a new experience. Travelling. Or people who are really passionate about what they do?

Personally for me all the above, I think.

I was at The Kitchen Guardian class the other day. Sangat2 seronok (I was going to type teruja.. macam skema lah pulak). Thank you Yati for organizing. Maybe I should say thank you KTTM.

Kek dia punya lah sedap nye. We did devil's food cake and sandwich cake. Sedap. Brownies pun buat; tapi saya rasa brownies saya pun sedap.. haha. Boleh challenge la brownies cikgu!

And of course I have photos ~

Hobi cikgu adalah baking dan photography. Belajar dengan Saiful Nang lagi.. She is really good in what she does. That I must say (I posted this photo and Ilyas said, mama buat yang mana? haha. Tak tahu semua cikgu yang masak. Kami tengok dan tangkap gambar / ambil video je. Hopefully we learnt something!)

A slice each to take home.

Brownies. FYI brownies mesti ada layer yang shiny tu. Kalau tak it'll just be like a choc cake yang tak berapa jadi..

 The strawberry and blueberry sauce was seriously sedap. It reminds me of a similar sauce I did like 20 years ago..

Dan baking studio yang sangat comel.

Yummy! Love the caramel that trickles on the sides.

Cikgu berpeluh2. Students ambik video..


Let's get baking everybody! Get inspired.





~ xoxo


Sunday, September 27, 2015

Sembang-sembang


What's the next best thing to blog about other than babies, let me ask you.

My take is food. Naturally.


We were at Me'nate recently for a birthday makan2 (tapi kami tak lah makan wagyu..) Never had that place been busy like it was that night (thanks to the Azwan Ali episode I reckon). Sampai ada ofis mate pun nak ajak makan2 kat situ (me : seriously?)


Anyways. We did BR on the 31st. But found that flavors on 31st are always limited. Yang sedap2 selalunya tak ade. Kami mungkin tak nak pergi on 31st lagi. It has turned out to be a marketing scam..


Dan pleased to say we managed to visit nasi kandar ganja after all at the Yong Suan Restaurant in Ipoh. Boleh la. The tapau queue was long. But if you are eating in, you should just go ahead and get yourself a seat. Namun saya fikir masih tak boleh beat Nasi Kandar Beratur di Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang. Ataupun mungkin saja kari Suberi di AU3!

Dan saya masih lagi mencuba untuk siapkan fotobook2 saya, although I have completed one on Hobbiton (teramat cantik, jadi yang itu yang saya terpaksa siapkan dulu!) Anyways I have too many photos. Gambar2 saya dalam tiga camera dan beberapa handphone (yang mana semuanya penuh gambar). Nak pilih gambar pun mak aiii.. weeks. But I am getting the hang of it. Wish me luck!

Dan. Saya terjumpa ~

Sural al Insaan Ayat 25 - 26; terjemahannya:

Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;

Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.




Selamat beramal dan berusaha untuk hari2 yang tiada diketahui kepayahannya. 





~ xoxo


Friday, September 18, 2015

Umar & Sarah


Hello Darlings

It has been a while since the last post. I have been busy with well err.. stuff. Mungkin sebenarnye kurang ada mood untuk ber-creative bagai (haa.. nak start whine dah lah tu. Muah-ha-ha)

But come to think of it again, I have in fact been creative. Saya sedang menyiapkan semua photobook for our last trip to NZ. And yes, semua means I have quite a few to finish up. I have completed one and it came back fabulous from the printers. Sangat sempurna dengan gambar yang cantik (pardon me for saying so) and bright colors. MasyaaAllah.

Hari ni tak ada banyak nak cerita, cuma nak share gambar cucu! Siapalah saya seorang nenna kalau tak share gambar babies (babies yang dah pun besar sebenarnya).

First up, gambar Umar al Haziq.
 
Yang ter-cute mesti terbesar. Comeii gigi Umar.

Dan gambar Sarah Sophia. 
 
 Cepet. At this time belum ada gigi lagi pun. Now she has half!

Nikmat Allah.





~ xoxo

 

Thursday, August 27, 2015

Book 4 It's A Love Story



This is actually written by a friend. That is most probably why I read it. By Nina Kamal (bukan nama dia pun). Kata nya Kam is her ex boyfriend's sur-name; saya ketawa bila dengar her funny tale of her writing.

I demanded from her a copy to read when I knew about her writing.

And I was in fact rather impressed with the book. As her first book, I thought it was very good indeed.

She has a good flair in writing. Humorous at some point. And tak boring langsung. Although it was rather thick. She said she didnt know she had over-written the number of pages!

Kalau nak cuba cari di kedai, jangan. It is no longer on the shelves. She said just wait for her new book. Mungkin out soon.

So basically I am just promoting a friend (dan kalau tak bagus tak ndak saya promote pun..)

Nanti kalau2 terjumpa buku Nina Kamal, beli lah.




~ xoxo


Thursday, August 20, 2015

From CJ With Love

Hello Darlings.

OMG. It has been almost a month since the last post. I have been busy. And somewhat under the weather.

Nevertheless (strictly no whining on-line).

Nothing much is happening in CJ. Purely mum-sitting. It has been somewhat hot and cloudy. Which is good. Kalau hujan nanti mum will be saying, sejuk nye. Ambil baju sejuk mak. Selimut kaki mak. Mungkin sejuk yang dikata, sampai ke tulang sum2. Wallahualam.

I am watching a lot of tv. Drama. Unbelievable. Dari tak kenal, sampai dah terpahat muka Zul Ariffin di minda! And I should text message tv3 with #Lame and #Cliche on their Mahligai Cinta program. Saya tak dapat jatuh cinta walau mencuba. Contoh : kata dekorator, konsep perkahwinan ini adalah France Castle. French chick (chic?). Dengan English flowers. Lalu saya jadi sangat keliru..

Dan saya tonton Maria Tengku Sabri & Ifa Raziah dengan costume Elsa dan Anna masing2 (yes, believe it or not).

Dan ada masa pening saya sangat2 menjadi bila duduk di depan tv (FYI, mum watches tv3, tv1 atau some al Hijrah. Saya turutkan saja.)

Also I was working. Well.. some.

And also reading. A few pages. On solat. A few points I thought I must share:
1. Solat orang yang khusyuk adalah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dan kalimah yang diucapkan di dalam solat.

2.  Solat seseorang yang dalam keadaan lalai sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah swt.

3. Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya dengan orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar.

Nabi saw bersabda dengan maksudnya, tidak ada ganjaran bagi seseorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang ia ingat (khusyuk).

Dan Nabi juga bersabda, maksudnya berapa banyak orang mendirikan solat tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya.

ps - photo above is the pintu of our old(er) house. Rumah tua; and what was the place of so many photo shoots before (like the one below).



Selamat beramal sedaya-upaya dan sebaik yang mungkin untuk hari2 abadi.





~ xoxo


Sunday, July 26, 2015

Kawan Lama


We did a few rounds of open house this weekend. Termasuk sebuah rumah kawan lama dari college days.

It was an occasion untuk menyambut menantu / raya I suppose. Sangat sederhana. Namun sangat menambat hati.

They live in  FRIM quarters. Rumah pun terletak di antara pokok2 besar FRIM dan amat terlinding dari sibuk jalan; agak macam rumah nenek little red riding hood! haha ~ Although I doubt there are any wolves hovering behind any trees.

It was strictly "eat under the tress" kenduri concept. Tapi makanan mak aiii, cakap aje nak apa. Ada nasi tomato, nasi dagang, nasi kerabu, laksam, spaghetti, bakso. Dessert. Unfortunately we just came back from my sister's house also for raya do (lupa lak nak tangkap gambar..) jadi tak ade lah makan beriya.

But the laksam and nasi kerabu were teramat sedap. And I have photos to share if you like to see (petang agak mendung dan kami duduk2 dan makan di celah pokok2 di FRIM, it was too cool not to take photos. Macam duduk di kampung from long ago days).

 Kenduri yang sangat humble and humbling. Saya terfikir mungkin ini yang sangat dituntut.


We ate amongst trees in the open (fresh) air (there was a hammock outside the house, under the trees. I thought I would love to lie there and swing it slowly with a book on my lap on a lazy weekend afternoon).



 Nasi kerabu (siap dengan solok lada) dan laksam yang sangat original.


Hijau!

Malang gambar dengan kawan2 dan pengantin didnt turn out great. So that's that.




~ xoxo


Wednesday, July 22, 2015

Syawal Tiba : Raya Snippets


Selamat Hari Raya.

Thank you to all that had sent HR wishes. Sorry I didnt reply to some; I was rather in an in-communicado situation (I was in charge of mum, the kitchen, the guests etc etc). So somewhat running like a headless chicken so to speak.

Namun. Ampun maaf banyak2 diminta pada semua. Seikhlas2nya.

Again, our raya photos are rather limited this year.. Efan was in charge of the camera this time..

 That is our old(er) house at the back. Rumah papan where we grew up in.

Alhamdulillah. Tahun ni dia beraya dengan kami (and refusing to return to Saudi again. For now).

As usual, mesti ada gambar raya yang skema. Tahun ini kami buat freedom baju raya - ie tak ada bertema2 (payah nak kelola..)

Baju Umar dan Sara tu nenna yang belikan dan tempah (thank you Dib!) Konon nak jahit sendiri (mungkin bila kucing bertanduk..)

I love these raya tudungs; although they are rather elaborate in a way (at least for me). But I have seen prettier and even more elaborate tudungs worn by some tapi nampak cantiiik aja.

They are from Sookascarf on fb, if you are interested..

Everybody in the family went hoo-haa over mum's wajik. I posted the recipe on our group wa, and then agak2 2 hari topik wajik berlegar di situ. To celebrate the greatness (haha, konon) of the recipe let me share that here also.

Enjoy the kati and cupak measurement! (which had caused the big havoc on wa the other day)

Were you caught up in the traffic madness this raya? We were, both whilst coming in and out of the city. That was unavoidable though. But we were quite patient and therefore the experience was rather tolerable.

Dan kata ustaz, kalau nak tengok Ramadhan kita berhasil atau tidak, lihatlah diri kita setelah berakhirnya Ramadhan. Kalau kita mudah berpuasa, mudah mengaji, mudah bangun malam semudah kita buat semasa Ramadhan, berkatlah maknanya Ramadhan kita yang lepas..

And I suppose as always, we will raya till the end of Syawal.





~ xoxo


Tuesday, July 21, 2015

When In Ipoh : Interesting Stuffs


We were always in a big rush whenever on raya trips. This time we took things a bit slower.

And thus decided to spend an extra night in Ipoh to explore out a bit (I think it is age, or ageing if you prefer). We've been here since forever and never once felt compelled to do this.

We booked a night at a place called M boutique Hotel Station 18. Found out that this is one of the more interesting hotels in Ipoh. Newer. Different with a modern decor.

And pleasantly surprised, we found the reviews correct (after all it is rated as the no 2 hotel in Ipoh by TripAdvisor with The Banjaran in first place).

It is indeed most appealing and interesting. There are two branches in Ipoh; the one we stayed at was opened only a couple of months ago and didnt even show up on Waze.

Let these photos tell the story (Efan was the model of the day..)

They put up old wooden window shutters as the facade. What can I say, the mix of modern and rustic really came through. Indeed there are lots of old shops throughout Perak that have these kind of windows.  

This is the reception. The iron/wooden chandeliers remind me of some English dungeons (although I cant remember if I have ever stepped into one.. haha). The floor is of timber. So is the upstairs floor. In fact, upstairs the floor is made of used wooden planks recycled from old buildings. Which is absolutely gorgeous (which also makes lots of sound when you walk, exactly like in out parents' houses of long ago days).

The cafe. I thought it looks almost like Acme. It has that welcoming relaxed atmosphere. Inviting you to sit longer and maybe order another cup of the aromatic local coffee.

Upstairs hallway. Tersangat gorgeous. If you are ever in Ipoh, you should stay here. Have a feel of the place. The rooms were beyond words. The air-cond supercool and the duvet was soft like goose downs. And what can I say about the bathroom - beautiful with gushing hot/cool water.

The service was impeccable. At 6pm the room service came to our door with extra bottled water and famous Ipoh kacang putih snacks. And the staff were friendly. Isy, memang mesti datang!

We went for Nasi Kandar Vanggey at Greentown (rather a let down for me).

Although we wanted to eat here. Famously known as Nasi Kandar Ganja. It is a mamak nasi kandar in a chinese restaurant. Unfortunately they were closed. We visited the Nasi Lemak Ayam Kampung place too. But that was also closed. Hmmpfh. Berjalan lagi waktu raya.

Last but not least we went for HR open house in Chemor (which co-incidently did not show up on Waze either at first as it is, again, a new place). And then later caught up in the not-so-surprising traffic crawl back into the city).

The next time we come here, will will explore some more. Ipoh has rather a lot to offer.




~ xoxo


Friday, July 03, 2015

It is Friday!




Alhamdulillah. It's Friday. Finally.

The week had seemed so long.

We were talking about briani last week on Telegram and I had asked who'll be home for iftar (as everybody seemed to have all sorts of plans). Efan texted, itu harapan saya (isy, sedih pulak lah saya membaca msg dia). As it turned out the iftar was meriah as everyone was home including Miza, Ilyas and Zuf. With Umar al Haziq of course. Efan je yang tak ada.

So we are having a repeat of the briani menu today.

I plan to do some raya baking tomorrow. Yang nak dihadiahkan, yang nak dijamu pada tetamu dan yang dipesan. Tahun ni tak buat promosi biskut raya - cuma untuk mereka yang bertanya; sebab Sara amat sibuk bila ke dapur. Kalau tak percaya, just take a look at these!


Buku. Pinggan mangkuk. Plastik. Habis di"susun". Anyway.

I must go to the pasar tani as well. Minggu ni termangu tak tahu nak berbuka apa sebab fridge agak kosong. I think I will get ayam kampung untuk masak lemak cili api atau masak merah. Sotong for my famous fried kalamari rings (chewwah konon famous). Tauhu untuk tauhu sumbat.

Dan santan yang agak banyak sebab nak buat kueh bakar banyak2 dan hantar kepada jiran2 (kena buat baik dengan jiran.. kadang2 bila teringat, saya berdoa agar kami tiada menyinggung perasaan mana2 jiran. Dan hati akan jadi gundah sebab kucing2 kami bertandang ke sana sini. Namun masih belum terjumpa solution. Dannn. Pokok buluh saya walaupun kecil, daunnya merimbun dan daun kering ditiup terbang ke rumah sebelah. I will move that pot to the koi pond. Biar daun masuk ke dalam kolam dan block water pump hubs! Biar susahkan keluarga, bukan jiran. Isy, panjang pulak..)

So. Big plans; entah tercapai atau tidak pun. Oh, dan mesti ke tailor juga sebab baju raya dah siap! Pesan tailor di wa, jangan lupa datang ambil (kata saya dalam hati, itu selalunya kami tak lupa..haha)

So what are your weekend plans?





~ xoxo



Thursday, July 02, 2015

Berpesan-pesan di Ramadhan


Pesan ustaz, di Ramadhan ini kena banyak mengaji. Mengaji tu bukan lah maksudnya bertadarus sampai khatam al Quran saja (walaupun itu pun sudah sangat baik). Namun, maksud al Quran juga perlu dihayati. Mesti mengaji dan faham maksud ayat itu; yakni bertadabbur (ini yang terbaik).

Kata ustaz lagi, Rasulullah saw membaca al Quran bersama Jibril bukan untuk khatam habis Quran saja (Jibril turun sekali setiap Ramadhan dan dua kali pada Ramadhan Rasulullah saw yang terakhir).

Saya mencuba. Tapi at this rate, saya agak saya tak akan sempat bertadabbur habis al Quran saya. Tapi mesti mencuba. Itu yang penting.

Dan saya terjumpa ayat berikut yang sangat memikat lalu telah pun saya bookmark.

Surah 73, Al-Muzzammil Ayat 1-9

1. Wahai orang yang berselimut!.
2. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
9. Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.


Di bulan Ramadhan ini sementelah kita bangun untuk bersahur, mungkin sempat juga kita selitkan 2 rakaat jika tidak lebih untuk bersolat malam.

Bak pesan arwah Tuan GuruNik Aziz.

Semoga terus istiqamah dalam menghayati Ramadhan kali ini.

ps - Saya juga berpesan pada diri sendiri.





~ AllahuAkbar