Salaam Darlings. Wishing you the best of health and imaan.
Smalam lepas balik dari mom-sitting rasa macam letihhh sangat although mum had a good night sleep. Lepas pergi breakfast, buat laundry dan kemas rumah terus tertidur. Woke up feeling tak keruan. And felt under the weather for the rest of the day sampai malam.
Patut lah. Harini bangun rasa macam demam. Mandi dan basuh kepala. Kut lah nak rasa sihat sikit. Solat. Masa nak capai baju terfikir, baju ofis ke baju rumah? Ofis ke rumah? Ambik baju rumah terpikir nanti lewat pagi dah sihat kena pergi ofis hari ni ada progress meeting. Buat laundry. Letih terus tidur balik. Terjaga dan teringat Efan first day practical harini. Pergi breakfast, hantar Efan dan terus pergi klinik.
Viral fever (adakah itu jawapan standard doktor? I don't know). Sambil bercerita dengan doctor pasal urat2 yg sakit dan is this arthritis? dan dah penat jumpa orthopedic. The kind doctor suggested pergi buat acupuncture; why not? Ini antara usaha kita sebab jumpa doctor background omputih pun dah tak jadi apa. She recommended the hospital in Jalan Pudu. Kata doctor her husband goes there as well (lupa pulak nak tanye sakit apa). Maybe I will try this.
Balik rumah terus makan ubat dan tidur lagi. Terjaga groggy with palpitation. Macam payah bernafas. Dan bertanya nak mati ke? Macam ni ke orang nak mati rasa? And comforted self with a stern merapek! Tertanya lagi macam ni ke mak rasa bila dia mengadu sakit dan mungkin dah nak pergi. Kesian pulak kat mak, mesti visualize that I am living in her shoes..
Apa2 pun terus istighfar dan zikir. Thinking this is what life is, yang rapuh dan sementara. Bila ditarik nikmat oleh Allah baru lah kita cepat2 ingat pada Allah semula. Kebetulan sekarang tengah mengaji Juzuk 27; dengan Surah arRahman. Maka nikmat Allah yang mana yang ingin kita dustakan?
Teringat pulak ada satu gambar seorang sheikh yang tua; yang mengaji dengan sebuah Quran yang sangat besaaar dengan bulb lampu tergantung depan Quran tu. Have you seen that? I wish I can put that up here. Saya andaikan dia dah rabun sebab tua kan. Tapi masih semangat untuk mengaji jadi guna Quran yang tulisan besar dengan lampu yang terang. Saya nak jadi macam tu. Nakkan semangat tu. I don't want to grow old dispirited dan hanya menunggu hari untuk pergi. Tentunya Allah akan uji kita tapi macam mana kita nak overcome ujian Allah itu.
Dan. Teringat juga kata ustaz, semasa di university masa untuk kita belajar sangat limited. Ikut syllable yang ada dan tak boleh nak baca dan explore other areas. Jadi masa tua ni lah kita cari lagi ilmu. Mencari dan belajar. Malu untuk saya cerita, tapi bagi saya masa di university lah masa membaca dan menimba ilmu.. Dah tua ni baca lah jugak, tapi sikit2 je. How wrong can one be?
Kita hanya nampak bila hati kita nak tengok. Kalau hati tertutup, yang dangling depan mata pun kita tak perasan. Astaghfirullahiladzim. Saya minta ampun ya Allah.
Alhamdulillah. Ada berkat sakit ni.
~ AllahuAkbar
No comments:
Post a Comment