Tuesday, June 17, 2014

Ramadhan Snippets


Kata ustaz, salah satu kesilapan yang kita buat adalah menganggap berbuka puasa itu sebagai makan malam. Sedangkan Rasulullah berbuka puasa dengan tiga biji kurma sahaja.

Ramadhan adalah bulan diturunkan alQuran. Malah kata ustaz setiap kitab termasuk suhuf Musa, Zabur dan lain2 semuanya diturunkan dalam bulan Ramadhan. Bukan setakat alQuran shaja. Begitulah mulianya Ramadhan.

Ramadhan juga merupakan bulan untuk menikmati ibadah. Sembahyang tarawih juga sepatutunya dibuat dengan santai. Kata ustaz, kalau jemaah harian kita membuat tarawih tergopoh-gapah, cari masjid lain yang lebih tenang. Kuantiti tidak melebihi kualiti.  

Semak kembali dengan hati, apa sebenarnya yang kita cari Ramadhan ini. Is it like any other normal days? Apa tujuan Ramadhan sebenar. Versus bagaimana kita menghayati Ramadhan itu.  


Antara perkara yang boleh dibuat untuk menjiwai Ramadhan adalah membaca teks yang berkaitan. Ini salah satu website yang agak lengkap.

Seperti biasa, sila semak fakta anda bila membaca di internet. Termasuklah di blog ini!

Selamat membuat persediaan untuk Ramadhan yang amat barakah.




~ xoxo


No comments:

Post a Comment