Tuesday, October 14, 2014

Sesekali Bila Membaca..


Hello Darlings,

How are you? I have been busy. Been sick. Have been better, in fact.


How was your Aidhil Adha? Alhamdulillah we were lucky to find a kampung orang asli in the outskirts of PUJ to do our qurban there. The people were newly converts and this is the first time ever that they are doing the qurban (not that you cant do your qurban anywhere you choose to).  


And I have been reading (a bit). Pernah ustaz bertanya, boleh ke commit to maybe 200 pages of reading per day? I could never do that on a weekend, let alone a week day.


Nevertheless ~ I hope you will enjoy reading this as much as I have read it in its original textt. 


Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari.

Dan diwahyukan dengan cara samada malaikat Jibrail memasukkan wahyu itu ke dalam hati Rasullullah saw ataupun di ucapkan oleh Malaikat Jibrail semasa menjelma sebagai seorang lelaki maupun di dalam rupanya yang sebenar.

Adakala wahyu datang kepada Rasulullah saw seperti gemerincingnya loceng. Cara ini yang dirasakan amat berat oleh Nabi saw sehingga kadang2 keningnya berpancaran keringat meskipun turunnya wahyu itu di musim yang dingin teramat. Kadang2 unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa sangat berat bila wahyu itu turun ketika beliau mengenderai unta. Diriwayatkan oleh Zaid b Tsabit : ”Aku adalah penulis wahyu Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan2 diserang demam yang keras dan keringatnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu barulah beliau kembali seperti biasa.”

Adapun pertengahan alQuran itu adalah di surah 18 Surah al-Kahfi ayat 19 (pada lafaz walyatalathhaf).

Al-Quran telah dibukukan di masa Khalifah Usman b Affan. Sebelum itu al-Quran di tulis di atas batu, kulit binatang, pelepah tamar, tulang, dan apa2 saja.

Dan Rasulullah saw menerangkan bagaimana ayat2 itu mesti disusun dalam sesuatu surah. Ertinya Nabi diterangkan tertib urut ayat2 itu. Dan Nabi juga mengadakan peraturan; iaitu ayat al-Quran sahaja yang boleh ditulis. Hadith dan pelajaran yang lain dilarang dituliskan, agar al-Quran itu terpelihara dan tidak dicampur-adukkan dengan yang lain yang juga didengar dari mulut Nabi sendiri.

Yang terbanyak menuliskan al-Quran adalah Zaid b Tsabit dan Mu’awiyah. Yang lain2nya termasuk Ali b Abi Thalib, Usman b Affan dan Ubay b Kaab.

Kerana ramai sahabat yang menghafal al-Quran wafat dan khuatirnya hilang lebih ramai penghafal al-Quran, Umar al-Khattab mencadangkan al-Quran ditulis (kebetulan ustaz bercerita pada tahun 93H terlalu ramai yang menghafal al-Quran telah meninggal dunia) pada Saidina Abu Bakar. Pada mulanya Saidina Abu Bakar (yang menjadi khalifah pada masa itu) agak keberatan (kerana bukanlah ia suatu sunnah Nabi saw) tetapi selepas itu beliau bersetuju. Zaid b Tsabit di pertanggungjawabkan menulis seluruh al-Quran. Kata Zaid : “Demi Allah, ini adalah satu tugas yang amat berat bagiku. Seandaimya aku diperintahkan untuk memindahkan sebuah bukit, maka hal itu tidaklah lebih berat bagi ku daripada mengumpulkan al-Quran yang engkau perintahkan itu”.


Dengan demikianlah al-Quran sepenuhnya telah ditulis oleh Zaid b Tsabit dalam lembaran2 dan diikatnya dengan benang, tersusun mengikut urutan ayat2 seperti yang telah ditetapkan oleh Nabi saw dan kemudiannya diserahkan kepada Saidina Abu Bakar. Al-Quran ini disimpan oleh Saidina Abu Bakar sehingga beliau wafat dan kemudiannya telah dipindahkan ke rumah Saidina Umar al-Khattab. Sesudah Umar wafat al-Quran itu disimpan pula oleh puteri beliau Hafsah, isteri Rasulullah sampai masa pengumpulan dan penyusunan al-Quran di masa Usman b Affan.


Semasa pemerintahan Usman b Affan ugama Uslam tersebar luas. Dengan itu juga banyak lembaran2 al-Quran ditulis dan dirujuk lalu timbul jugalah kekeliruan yang berkaitan. 


Lalu Saidina Usman meminta semula al-Quran asal dari Hafsah dan memerintahkan ia disalin semula dan dibukukan al-Quran itu. Al-Quran yang dibukukan ini dipanggil Mushaf. Sebanyak 5 salinan yang dibuat dan telah dihantar ke Makkah, Syria, Kufah dan Basrah agar al-Quran itu juga disalin di sana untuk seluruh umat Islam di merata tempat. Manakala salinan kelima disimpan di Madinah. 


Kemudian Saidina Usman  memerintahkan agar lembaran2 al-Quran yang lain2 yang telah ditulis terdahulu dari itu dimusnahkan.


Maka dari Mushaf yang ditulis di zaman Saidina Usman itulah umat muslimin di seluruh dunia menyalin al-Quran itu.




Sesungguhnya al-Quran itu dapat menjadi syafaat di hari yang tiada hari2 lain yang sepertinya. Selamat menempuh jalan pulang yang baraqah.  


(seperti biasa, sila semak semula semua fakta yang dibaca..






~ xoxo



No comments:

Post a Comment