Thursday, March 06, 2014
Iqra' Part 1 : Hasan Al-Banna; Perjuangan Yang Belum Selesai
Bila saya bertanya siapa Hasan al-Banna, jawapannya sentiasa sama - pengasas Ikhwan Muslimin di Egypt. Muslim Brotherhood. Saya hmm.. dengan panjang.
So what did he do, I always wondered. Ulama' kah dia. Atau talib (penuntut). Atau military.
The book is for Eirfan actually. But I thought I'd read it first. After reading it I thought it is too mature for Eirfan. Langsung terfikir pula, Hasan al-Banna pada umur semuda 13 - 14 tahun pun sudah mula berdakwah. Standard saya rupanya teramat rendah..
Umur Hasan al-Banna agak singkat; 1906 - 1949. He's a teacher and an imam, yang cerdik dan semasa mudanya bercita2 masuk ke Al-Azhar namun gagal kerana tiada punyai dana. Pada usia awal 20an nya Hasan al-Banna telah menubuhkan Ikhwan Muslimin. Menerapkan semula nilai Islam dalam masyarakat. Memperjuangkan kebangkitan Mesir terhadap kuasa barat yang menindas rakyat sementara kerajaan leka disogok kesenangan duniawi. In the end Hasan al-Banna was assassinated.
Buku yang saya baca ini cuma lightweight, ditulis untuk remaja. Mungkin saya perlu baca Hasan al-Banna the unabridged version. And maybe I should be reading about Tariq Ramadan too (cucu kepada Hasan al-Banna).
Anyway. Saya amat tertarik dengan wasiat Hasan al-Banna -
1. Apabila mendengar azan, bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekali pun.
2. Bacalah alQuran, tatapilah buku2 ilmu, pergilah ke majlis2 ilmu dan amalkanlah zikrullah. Dan janganlah membuang masa dengan perkara yang tidak memberi faedah.
3. Berusahalah bertutur dalam Bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa2 perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak memberi apa2 kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia2, malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan.
9. Berkenalan dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah adalah berkenal2an dan bersikap kasih sayang.
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik2nya dan ringkaskan pelaksanaannya.
Adakah yang mana2 yang anda tidak setujui?
Recommendation ~ This would be good for your teenagers. I would suggest the unabridged version of the leader for a more serious read.
Selamat mencari ilmu. Berdakwah. Dan mencari kesempurnaan keperibadian. Hidup ini sebenarnya amat singkat.
~ xoxo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment