Saturday, March 01, 2014

Yang Terbaik Sebagai Bekalan



Kata ustaz, bila memberi ingatlah sebenarnya kita memberi untuk diri sendiri. Berbuat baik di dunia, tetapi balasan berganda bakal diterima di akhirat nanti. Berilah yang terbaik.

Saya beberapa kali melancarkan tabung bantuan di rumah. Setakat ini baru untuk anak2 yang masuk hospital. Al-maklum, bil hospital bukannya murah. Kata saya pada anak2, buat baik bermula dari dan untuk keluarga kemudian dipanjangkan kepada masyarakat yang memerlukan. Mata saya agak bulat bila anak saya hulurkan wang yang agak banyak untuk tabung bantuan ini. Tak payah lah sebanyak ini, nasihat saya. Balas anak saya, ini untuk saya di sana nanti. MasyaaAllah. Saya terdiam.

Lalu saya teringat ayat ini dan kuliah ustaz.

Selamat memberi. Untuk bekalan hari esok, yang mana tiada pertolongan lagi kecuali amalan yang baik semasa di dunia. Dan rahmat Allah. Dan syafaat Muhammad Rasulullah.

(Saya tercari2 buku yang mana satu yang diambil gambar ini untuk rujukan. Namun tidak terjumpa. Does anybody know?)




~ xoxo

No comments:

Post a Comment