Thursday, February 27, 2014

The Umrah Part 8 ~ Makkah (The Last Post)


We were in Hudaibiyah. Anak2 agak excited tengok unta; tetapi pass on the camel milk yang dijual.

The sky was as blue as I remembered it (with a bit of cloud this time).

 I have always been curious about what is beyond our usual ziarah di Makkah. Ada apa lagi di luar sana?

Keindahan dan nikmat di Makkah. We love.

It was a good trip. Anak2 masih sebut seronok ke tanah suci selepas beberapa lama balik ke Malaysia. Alhamdulillah. InsyaaAllah tercapai niat untuk anak2 berasa lebih dekat kepada Rasulullah dan Illahi. Lebih dekat kepada deen. Lebih memahami sejarah Islam. Dan tersedar (walaupun jika hanya sebentar) dari asyik lamunan duniawi. This could be the start to something more meaningful. InsyaaAllah.



~xoxo

Wednesday, February 26, 2014

The Debilitating Garden


The lone rose in mum's garden.

I am currently on sabbatical leave; at mum's place keeping her company. Lending a sympathetic ear when she says, mak nak pergi baring - sakit kepala. Or giving her the odd paracetamol when she said, mak rasa demam - badan mak panas ke? Me : Mak dedar ni. Pergi la baring.

Ataupun buat apa2 yang mak mahukan. Azah, tolong sidai baju. Or, tolong sapu. Siram bunga mak. Masak. Whatever.

Dan melayan sembang mak, pasal arwah yang sudah pergi > 30 years ago. Pasal sekolah yang mak pernah mengajar di Jelutong (bila mak sihat kita pergi tengok sekolah tu ye? Ok mak). Or about her sister, my Mak Teh, di Matang (apa habaq dia agak nya. Nanti petang2 sikit kita jengok dia ye, Azah? Ye mak). Tapi kami tak ke mana pun. When I reminded her, mak kata nak pergi.. She said, ya ka? And then continued, mak sakit kepala. Or, dah petang. Or, dah tak larat. Or whatever else. Saya turutkan saja.


 
This is her garden, where she used to spend hours in the morning and afternoon when she was well. Now in need of much attention.

 
Defying the odds against them, these flowers bravely bloom.

Kata mak, buka tingkap2 tu Azah, nanti orang kata kita takde kat rumah. Much you can read about the windows, you can tell a lot about a garden too I think.



~xoxo

   

Monday, February 24, 2014

The Umrah Part 7 ~ Selera di Makkah


Kata anak2, makan di Madinah & Makkah sedap..! Rahmat Allah. Makan di hotel saban hari pun sedap kata mereka.

Apa lagi kalau makan aiskrim. Pagi petang siang dan malam.


Kata Iman, ma kita bawak ni balik!

We went to the food court for some Saudi menu. Nasi Arab. Kebab. Shawarma. Burger King. Seriously. Kata anak2 tak best, rasa macam burger di KL. They said BaskinRobbins in Makkah is super expensive. I dont know - I didnt check. We had doughnut at Zamzam Tower. Kata mereka, sedaapp.. Saya rasa pun sedap. Kalau sampai Makkah, makanlah donut di gerai2 di clock tower.

Mesti lah minum air zamzam. Banyak2.

Makan di hotel pun sedap sesaja. This is in Madinah actually.

And last but surely not the least - instant noodles! Semasa rehat di R&R. Pun sedap.



~xoxo

Friday, February 21, 2014

The Umrah Part 6 ~ Makkah


Naturally Makkah wasnt as cool as Madinah. Tapi ada hari2 yang renyai, windy dan sejuk. Which was quite wonderful.

A lot of changes have happened in Madinah since we were last there. Least of all sebahagian masjid yang diroboh dan dibina semula. We visited the hotel where we stayed on the last ziarah. It is no longer there; only a big pile of stones. But surprisingly I didnt notice there being a lot of habuk.

We went to Jabal Rahmah. Anak2 panjat batu2 sampai ke atas. Kata saya, orang muda - ada jalan pun masih nak panjat batu. Bila turun semula anak bagitau yang dia orang tak tahu kata ada jalan naik ke atas. Sebab itulah dipanjatnya batu ke puncak bukit.. alahai.

Bermiqat Ja'ranah. The sky is so blue.

Sebelum bertolak, saya agak2 takut anak2 tidak dapat membiasakan diri ke masjid berjemaah. Rupa2nya mereka sangat bersemangat di sana. Berjemaah. Membaca alQuran. Pukul 4 pagi sudah ke Haram (fajar 545am). Ada mission katanya. Mission apa? tanya saya. Rupanya berusaha ingin mengucup HajarulAswad. Dua kali pergi pukul 4 pagi gagal.

Suatu pagi Luqman pulang breakfast di hotel lambat. Saya bertanya, ke mana? Mencium Hajarul Aswad balasnya. Dapat ke? tanya abang2 / adik. Mestilah katanya. Dan langsung bercerita taktiknya. Esoknya selepas Subuh masing2 pulang untuk breakfast lambat. Tersenyum. Sebab berjaya mengucup batu suci. MasyaaAllah.

Tak saya kenal anak2 yang berhimpit2 di dinding Ka'abah ini jika tidak kerana tangan dan jam mereka..


Alhamdulillah Allah membuka hati untuk membuat yang baik. InsyaaAllah sentiasa begini hendaknya.




~ xoxo

Thursday, February 20, 2014

My Very Humble Breakfast


One of the things I thought I will write about from here on are the things that I cook (macam la pakar sangat kat dapur! LOL).

Not about just the nice stuff, you know. I mean everything. Kadang2 kita rasa orang tahu, tapi orang pun tak tahu. Dan walau tahu pun, nak juga tanya orang lain buat macam mana? Mungkin ada cara yang lebih baik dari cara kita yang kononnya rasa dah top sangat.

So this time I am writing about the cekodok pisang. Kata orang Utara, cucoq kodok (hambik kau, pronounce that however you may).

Anak2 memang teramat suka kueh ni. Everytime buat mesti habis. This is how I do it - kena adjust sikit kuantiti sebab selalunya depends on how ripe the bananas are dan jenis pisang yang diguna. You will need:

Buah pisang yang ranum, dilenyek
Gula pasir (secukup rasa. I always feel you need lots)  
Tepung gandum (just enough. Terlalu banyak, kueh jadi keras. Terlalu sikit pulak nanti kueh akan terlalu menyerap minyak)
Kelapa parut (tak terlalu banyak; mungkin 4-5 sudu untuk 10 biji pisang rastali. You can omit, but I think the kelapa will make your cekodok tastes creamy and different)
Tepung beras (2-3 sudu, supaya kueh jadi agak2 bulat, tak melepek macam pancake. That's what my sister said she learnt)
Garam (secukup rasa)

Gaul semua bahan dan rasa. Goreng. Saya selalu test 3-4 biji dulu, kalau ok baru masak yang selebihnya.
Tip goreng:because the sugar will caramelise, kueh akan melekat di kuali. Tunggu sampai kueh agak2 garing baru dibalikkan (atau guna non-stick pan).

Makan dengan kopi o kampung yang kaw on a lazy Sunday morning.



~ xoxo

Monday, February 17, 2014

The Umrah Part 5 - Madinah~Makkah dan Bir Ali


Sebelum pergi lagi saya sudah quiz anak2, apa kah miqat. Di mana miqat. Macamana mana2 miqat ditentukan. Real life experience conquers all, no doubt about that.

Bas kami agak2 kucar-kacir. Sebab makcik2 yang terlambat tak ada seat. Kata seorang makcik, takkan nak suruh kita berdiri sampai Makkah?! Kata saya dalam hati, sabarlah. Tunggulah ustaz rungkaikan masalah. Jangan banyak bercakap. Belajar bercakap yang perlu sahaja (something I myself need to improve too).

Bir Ali selalu kelirukan saya. It is big and open dan banyak sangat lorong2 that look almost the same to the untrained eyes. Dan teringat pulak kisah pakcik yang hilang pada umrah yang lalu.

Alhamdulillah tiada apa2 insiden yang tidak diingini berlaku kali ini.

R&R Madinah - Makkah. Pesan abang saya, beli madu Saudi di sini. Kami beli; tapi susah nak tanya dari mana madu nya; wild ke atau lebah yang dibela diladang (maklumlah ayam bercakap dengan itik). But the honey is thicker than our local honey. Sweeter dan ada hint bau yang wangi dan sedap. Saya pun nak anjurkan beli. It is cheaper here also instead of di pasar (and please forgive me for putting up soo many photos; but they are my passion. Cliché, I know).


Pertama kali di Haram (boleh tahu sebab rambut masih panjang). Selepas umrah. Anak2 muda ni gagah2. Berjalan, bersaie bukan main laju. Memang kami parents kena tinggal selalu. This is at 330am or thereof. Sampai hotel anak2 makan aiskrim sambil queue untuk bercukur (awal2 lagi semasa turun bas, kami sudah berbisik (gembira) bila ternampak kedai aiskerim di tingkat bawah hotel! Cant help it, setiap kali berceramah ustaz sebut pasal makan ais krim selepas bersai'e).

Di sini gambar sesudah bercukur.





~xoxo  

Sunday, February 16, 2014

Bahasa. Jiwa. Bangsa.

 
This I like. Kenapa like? Mungkin sebab di usia lanjut seperti saya (LOL), saya pun berpendapat begini (lalu saya terfikir samada 'kita orang tua' juga terlalu cepat menghukum orang muda; not giving them enough credit dan too embroiled in our own orthodox beliefs, maybe?)

I read the particular book where this puisi appears; tapi mungkin puisi demi puisi dibaca maka tak terperasan pulak yang ini.

Kalau terjumpa apa2 berkaitan Sasterawan Negara Muhammad Hj Salleh mestilah saya excited. He's the oldest cousin of mine (even my err old, older brother calls him Abang Mat).

Kebetulan we were at his house recently for the cousins' get-together. He lives in Saujana Impian. Rumah sebuah2 (nak kata banglo macam bermewah2 pulak. Tapi memang iya lah banglo). But his house is gorgeous bertemakan budaya nusantara (what else would you expect from a poet in Bahasa Melayu?) dan ala kampung.

This photo is taken on his verandah. The table is of solid timber. The stool is made from tunggul yang kata Abang Mat digalinya sendiri di kampung. Dan alas meja bercorak batik. Di belakang rumah, Abang Mat tanam pokok asam gelugur. Jambu susu. Dan pokok2 lama (sezaman dengan tuan tanah) yang mungkin banyak nostalgianya; yang saya pun tak cam dan tak pernah dengar.

(Btw, anak2 Abang Mat diberi nama Juwita, Mega dan Johan Kasturi. Memanglah jarang2 kita jumpa. And I am a fan). 


Kalau anda duduk di ruang utama rumah Abang Mat dan dongak ke atas, this is the view you will get. Rows upon rows of shelves full of books. Saya terlupa minta izin untuk melawat ruang ini. It should be interesting. According to Kak Ani, isteri Abang Mat,banyak buku yang telah Abang Mat jual ke USM dan DBP sebagai koleksi bangsa. Kata Kak Ani lagi, nak simpan pun siapa yang nak jaga, nak refer. Baiklah letak di mana2 yang boleh dimanfaatkan (and anyway do you know that buku, especially yang lama2, lebih cepat rosak in our humid weather?)

Conclusion saya, jika tiada minat terhadap membaca dan buku, tidak lah ke mana.

Enough said. Ini gambar dengan sepupu. See how old my cousins are? (saya lebih gemar gambar begini dari gambar yang skema yang semua orang duduk baik2 sebaris, tangan di riba dan senyum ke kamera..)

Orang yang tangkap gambar sama ramai dengan yang gambarnya ditangkap.

Nasib baik ramai yang tak datang. Tak muat dalam camera. It turned out to be an interesting get together after all.



~xoxo

Saturday, February 15, 2014

The Umrah Part 4 - Beautiful Madinah


Dan MasyaaAllah. The children love Madinah. Mungkin sebab cuacanya yang nyaman. Mungkin ketenangan. Dan rahmat Allah. Dan sememangnya Madinah bandar yang teramat istimewa.

We shopped. Eat. Dan anak2 amat mudah berulang-alik ke masjid. Subhanallah.

Saya amat suka berjalan pagi di masjid. Amat nyaman. I still love the blue skies. The payung di dataran. Dan segalanya.

It was very, very sad to leave Madinah. But all good things have got to end. Ustaz pimpin untuk ziarah selamat tinggal Masjid Nabi sekali ini. Ramai yang menitiskan airmata. Sememangnya Madinah bandar yang teristimewa.

I pray we will come back again. Very soon.



~ xoxo

Thursday, February 06, 2014

The Tiny Little Darling


So it is official. You may call me Nenna.

 

He is Umar al Haziq. I dont think he looks like himself yet (from the trauma of entering into this world). He's not due yet for another few days sebenarnye (nak tulis introduction pun tak sempat lagi).

I wanted to be called tok (kalau ikut tradition orang utara, tok perempuan akan dipanggil Tok. Tok lelaki dipanggil Tok Wan). Hubs, orang Perak, juga mahu dipanggil Tok (ikut tradisi Perak, dari KKangsar sampai ke Tapah dan mungkin ke selatan sikit lagi, tok perempuan dipanggil Opah dan tok lelaki dipanggil Tok). I suggested, we call me Tok and call you Tok Mi. He said, if there is going to be any Tok around here it will be me. So I said, fine (arms akimbo).

After long, long thinking I declared, the little one will call me Nenna. Then everybody said, Nenna? Why Nenna? I said because I like it, that is why (with a defiant toss of my head).

Saya tak gemar opah. Itu bukan tradition orang utara. Atau Tok Ma - sounds more like Kelantan to me. Or Wan (is that Trengganu?) Nenek is more southern. So in the end I have granny, nanna etc etc. Mana tradisinye? you might ask. Well, there is none that I can take anyway, so I am making a new one. My sister is nenda to her cucu (I said to my niece, that sounds so pretensious! She had laughed and said, of course nenna does not lah kan.. lalu kami gelak mengilai, haha)

I checked what grandmother is in other languages, and I like - Nonna (Italian), Grandmere (French) and Lola (Filipino). But I still like Nenna best (or I can spell it with my initials : nay-na).

I asked the boys what will Umar call you. They unanimously said uncle. I said I like PakLang, PakNgah etc. Sedap bunyinye. They said there will be no answer from them to those titles. Hmmph.

Tolong doakan yang terbaik untuk orang baru kami ini.



~ xoxo