Saturday, February 28, 2015

Iqra' 3 : Hari-hari Allah


Dan saya usung buku ini merata-rata. Bak kata orang Perak (slang KKangsar sampai Ipoh dan bukan di Taiping), kulu kilior (ke hulu ke hilir).

Bertajuk Hari-hari Allah yang ditulis oleh Dr Yusuf al Qaradhawiy.
It is a very thin book (namun berminggu juga nak dihabiskan). Bercerita tentang bulan2 Rabiul Awal, Rejab, Syaaban dan Syawal.

Saya suka bila membaca tentang bulan Rabiul Awal. Di mana Rabi' bermaksud gugur. Dan Awal = pertama. It is named such sebab semasa bulan Rabiul Awal bunga akan gugur dan diganti dengan putik2 buah2an. Loosely translated nama bulan ini diambil bersempena musim berbunga tanaman mereka (isnt that a wonderful interpretation?).

Rabi' juga bermaksud menetap. Di mana pada bulan ini kaum lelaki yang keluar berdagang kembali ke rumah dan menetap bersama keluarga masing2.

Dan semestinya bulan yang istimewa dengan kelahiran Nabi saw yang membawa seribu rahmat untuk umat manusia dan alam semesta.

Dan post terdahulu juga dari buku ini.

I am also reading another book by Dr Qaradhawiy now. It is hubs' actually but I felt compelled to read it. Titled Aku dan Al Ikhwan Al Muslimin. Title macam best jadi saya ambil dan baca. I'll share that too once I am done.

I havent read fictions in a long while. Tak timbul minat. Dan tak terjumpa pula buku yang menarik perhatian. Kadang2 terfikir juga terlalu banyak naskah ilmiah yang perlu dibaca. Yang tak perlu tu harus saya tolak ke tepi bila terdaya. Although I've been reading quite a few cook books (suka juga bila dengar Lil confess that she reads cook books too).


Selamat berilmu, beramal dan berkongsi yang baik2 untuk hari2 abadi.




~ AllahuAkbar 


No comments:

Post a Comment