Wednesday, April 02, 2014

Rahmat


Saya terbaca ~

Hadith riwayat Umar al-Khattab ra bahawa dia datang menghadap Rasulullah saw dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari2, lalu apabila ia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan dia langsung mengambil bayi itu dan mendakapkannya ke perut untuk disusuinya.

Lalu Rasulullah saw berkata kepada kami, "Bagaimana pendapat kamu sekelian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api?" Kami menjawab, "Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparkannya." Rasulullah saw bersabda, "Sungguh Allah lebih mengasihani hambaNya daripada wanita ini terhadap anaknya."

HR Muslim; 4947

Dan yang ini (namun tiada reference..)~

Ibnu Abbas menceritakan bahawa orang2 Quraisy pernah meminta kepada Nabi saw supaya Bukit Safa menjadi emas untuk mereka, barulah mereka akan beriman. Rasulullah saw bertanyakan mereka apakah benar dakwaan kamu itu? Mereka mengatakan ya.

Kata Ibnu Abbas lagi: Setelah Rasulullah saw berdoa, kemudaian datang malaikat Jibril sambil berkata :"Sesungguhnya Tuhan mu memberi salam kepada mu dan berfirman:"Jika engkau mahu, nescaya akan dijadikan Bukit Safa itu emas buat mereka. Sesiapa yang ingkar selepas itu, maka Aku akan menyeksanya dengan azab yang belum pernah Aku timpakan ke seluruh alam ini. Dan jika engkau kehendaki nescaya Aku akan bukakan pintu taubat dan rahmat bagi mereka."

Lalu Rasulullah saw menjawab :"Aku ingin agar dibukakan pintu taubat dan rahmat dari Mu."

Dan juga yang ini ~



~ xoxo

No comments:

Post a Comment